Cara nak dapatkan anak dari segi perubatan


Assalamualaikum

Malam ni perkongsian berkaitan betapa susahnya nak dapat rezeki anak. Yana cakap pun sebab Yana banyak perhatikan kaum keluarga sendiri...kakak Yana, sepupu, kawan sekerja.. Bayangkan kawan yana yang da kawen 10 tahun tapi masih tak der anak dan da cuba mcm2 cara dari IUI, IVF tapi masih tak berhasil. Kakak n sepupu Yana da kawen 3 tahun pun x dapat lagi anak. bile pegi check ngan doktor dua-dua suami isteri takder masalah pun..ye lah Qada Qadar Ilahi kita x boleh nak tolak cume kita masih perlu usaha.

Berikut adalah salah satu prosedur yang berkait rapat dengan rawatan kesuburan. Rawatan yang memerlukan banyak duit.

1) IUI - Intrauterine Insemination

IUI adalah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku. IUI hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub fallopian tidak tersumbat. Indikasi bagi IUI termasuk:

1. masalah ovulasi
2. cecair serviks yang tidak memadai
3. endometriosis
4. masalah sperma (oligozoospermia, asthenozoospermia, teratozoospermia)
5. faktor immunologi (antisperm antibodies)
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. Pendermaan sperma


Dalam IUI, wanita tersebut perlu menjalani ransangan ovari. Ini boleh dicapai dengan mengambil pil clomiphene citrate atau suntikan gonadotropin setiap hari. Apabila diameter folikel telah mencecah 18 mm, suntilan hCG akan diberi untuk mematangkan ovulasi sekaligus mematangkan telur. Di Metro IVF, suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 12 malam dan prosedur IUI dijalankan 36 jam berikutnya.
 
Pada hari prosedur IUI dijalankan, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

  • mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum mengeluarkan sampel
  • memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
  • digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
  • mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
  • elakkan menggunakan pelincir atau sabun
  • elakkan semen dari tertumpah

2) IVF - In Vitro Fertilisation

IVF juga dikenali sebagai 'bayi tabung uji', ini kerana, persenyawaan berlaku diluar badan (di dalam tabung uji). Indikasi bagi IVF termasuk:

1. faktor tiub (tiub tersumbat atau tidak berfungsi)
2. endometriosis
3. masalah sperma
4. faktor immunologi (antisperm antibodies)
5. rawatan IUI yang gagal
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. pendermaan sperma/ ovum/ embrio
8. ibu tumpang


Wanita akan menjalani controlled ovarian hyperstimulation (COH), sama ada protokol panjang, protokol pendek atau protokol antagonis, mengikut kesesuaian. Suntikan hCG akan diberi apabila folikel telah mencecah 18mm untuk mematangkan ovum. 34 jam berikutnya, pengumpulan telur (oocyte pick up (OPU)) akan dijalankan.

OPU adalah proses mengumpulkan telur. Telur akan disedut melalui vagina menggunakan peralatan khas. Prosedur ini memerlukan bius keseluruhan. Sebelum menjalani OPU perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:




  • jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menjalani OPU
  • jangan memakai kanta lekap, gigi palsu, alat solek, pewangi dan pengilat kuku semasa prosedur.
  • jangan membawa barang-barang berharga
  • pastikan anda telah menguruskan pengangkutan balik kerana anda dinasihatkan tidak memandu 24 jam selepas prosedur.

Semasa OPU, cecair folikular akan disedut menggunakan pam penyedut dan dikumpulkan di dalam tabung uji. Cecair yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada embriologist yang berada di dalam makmal bersebelahan dengan bilik pembedahan. Embriologist akan mengenalpasti telur menggunakan mikroskop. Prosedur ini mengambil masa 15 hingga 60 minit untuk selesai bergantung kepada bilangan folikel yang disedut. Setelah semua telur disedut, telur-telur ini akan dieramkan di dalam inkubator yang mana suhunya adalah 37ÂșC dan kepekatan karbon dioksida adalah 5%. Ini bertujuan untuk memberi ruang bagi telur melengkapkan fasa Meiosis II sebelum ia disenyawakan.


Pada hari yang sama, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum sampel dikeluarkan
  • memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
  • digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
  • mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
  • elakkan menggunakan pelincir atau sabun
  • elakkan semen dari tertumpah



Embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma motile yang tinggi akan diinseminasi ke dalam media pengkulturan yang mengandungi ovum seterusnya disimpan di dalam inkubator supaya persenyawaan berlaku secara semulajadi.


 Prosedur pemindahan embrio tidak memerlukan bius dan hampir serupa dengan IUI. Perbezaan antara keduanya adalah pemindahan embrio memerlukan bantuan imbasan ultrabunyi manakalaIUI tidak. Imbasan ultrabunyi membantu doktor untuk menempatkan kateter berhampiran dengan fundus dan mengurangkan trauma terhadap endometrium. Keseluruhan prosedur mengambil masa 5 minit sahaja (lihat video).





Selepas menjalani pemindahan embrio, wanita tersebut perlu mengambil sokongan peleutenan sama ada dalam bentuk tablet vagina atau suntikan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan.
  • pastikan anda menggunakan ubat progesteron yang dibekalkan setiap hari.
  • minum air secukupnya.
  • elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
  • elakkan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menjalani rawatan

Ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.



* sumber Metro IVF Malaysia

3. PREMIUM BEAUTIFUL



Cara mudah untuk hamil dengan menyarung Premium Beautiful kerana fungsinya membantu perlekatan janin dan menguatkan rahim. Cara yang jimat dan tidak menyakitkan dan melibatkan kos yang rendah berbanding cara perubatan yang lain.

Yana sendiri pakai Premium Beautiful selepas keguguran 3 kali dan mengambil inisiatif untuk menjaga rahim dan memguatkan rahim dengan cara berbaloi. 
Premium Beautiful mempunyai LIFETIME WARRANTY jadi ianya berbaloi melabur pada permulaannya. 

Untuk dapatkan korset anda sendiri boleh wapps or call yana di 

0106273397
0106273397
0106273397


Liyana Tahar
Pakar Perunding Kesihatan dan Kecantikan
Xoxo


No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...