Premium Beautiful : Sebab Keguguran




8 Sebab yang Sering Dikaitkan dengan Keguguran

1. Kromosom yang tidak normal

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.


2. Kecacatan pada sistem peranakan

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.


3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan

Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.


4. Masalah Immunologi

Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.


5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal  Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.


6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.


7. Jangkitan Kuman Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.


8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar) Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.


Premium Beautiful : Cara Menguatkan Rahim




Risiko keguguran kebiasaannya berkait rapat dengan faktor umur, persekitaran, dan pemakanan si ibu. Pada trimester pertama risiko keguguran adalah tinggi, dimana 1 hingga 5 kehamilan trimester pertama (12 minggu kehamilan) adalah berisiko tinggi untuk gugur. Jom kita lihat punca gugur dan ketahui cara-cara untuk mengelakkan keguguran.

Punca utama keguguran biasanya berlaku akibat embrio tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. dia memerlukan 23 kromosom ibu dan 23 kromosom selebihnya dari bapa. Ketidaknormalan kromosom boleh menghalang perkembangan bayi tersebut. Jika kromosom tidak mencukupi atau kurang tepat ataupun berlaku sebarang perubahan pada struktur kromosom dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.

Selepas keguguran, anda biasanya dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keguguran itu sudah sempurna atau tidak. jika tidak proses D&C akan dilakukan.


'KITA HANYA MERANCANG, ALLAH JUA YANG LEBIH MENGETAHUI UNTUK SETIAP HAMBANYA"

Kebiasaannya selepas kehamilan pertama, kekuatan rahim sudah terjejas. Amat penting untuk anda menguatkan kembali rahim anda dan mengelakkan keguguran berulang. Jom kita berkongsi tips kuatkan rahim dan elakkan keguguran.

1. Makan makan yang segar dan elakkan makan yang diproses.
2. Elakkan makan makanan yang sejuk dan tajam.
3. Amalkan zikir Al-Musowwir.
4. Amalkan makanan tambahan yang boleh menguatkan otot rahim
5.Amalkan pemakaian Premium Beautiful

Sebelum disahkan mengandung Yana pernah mengalami 3 kali keguguran berturut. Bagi Yana salah satu cara yana menguatkan rahim adalah dengan memakai korset Premium Beautiful.
PB sangat-sangat membantu menguatkan otot rahim dan menyokong rahim dengan FIR yang ada pada korset.

Hubungi yana untuk maklumat lanjut.. 010 627 3397


Love, 
Liyana Tahar
 

Cara Mengukur Premium Beautiful

Pakai Premium Beautiful ni takde la kene pakai ketat,sendat or sampai senak... 
Its just nicely jer kat badan.. tapi perlu dipakai selesa dan memudahkan pergerakan seharian kita.
Untuk dapatkan ukuran yang sesuai untuk premium beautiful,ukura badan diperlukan bagi menentukan saiz yang sesuai untuk anda.

Ada 4 bahagian yang perlu diukur dalam centimeter (CM). sila rujuk gambar di bawah. 


tak reti ukur??? 
takpe jangan risau yana boleh tolong ukurkan..


yana
0106273397

14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL



1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam
rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan
Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru
dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,
maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada
susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah
lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI)
kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat
1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
karena menjaga anaknya yang sakit akan
diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan
bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala
haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada
anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

► Subhanallah...
► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya
dengan jalan kehamilan yang diredhai oleh Allah
SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang
tidak di sukai-Nya....

Credit to: AKU DAN HATIKU

Kopi Mineral untuk ibu hamil

 

Kopi Mineral untuk ibu hamil???

Ramai yang bertanya, ibu hamil boleh minum Kopi Mineral tak??

Jawapannya: YA, boleh.

Pasti ramai yang tidak bersetuju apabila wanita hamil atau menyusu mengamalkan KOPI. Ya, KAFEIN yg terkandung dalam kebanyakan kopi di pasaran termasuk 3 dalam 1 amat tinggi kuantitinya yang boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan mahupun yang disusukan.
  Tapi berbeza dengan Yana, sepanjang yana hamil yana akan pastikan kopi mineral diminum setiap hari nak2 time puasa. Ini kerana, sepanjang berpuasa badan ibu hamil akan menjadi lemah dan letih kerana kurang makan dan minum. Namun dengan kopi mineral perut akan sentiasa rasa kenyang dan memberi tenaga pada yana.

Jangan lupa, KAFEIN tetap diperlukan oleh badan kita walaupun dalam keadaan berbadan dua atau menyusu tetapi dlm kuantiti yang sedikit. Sebab itulah ibu mengandung atau menyusu mesti pilih MINERAL COFFEE.
Tambahan pula, dengan pengambilan kopi mineral HB dalam darah akan berada ditahap yang memuaskan iaitu 12 keatas..

Selain kandungan KAFEIN yang sangat rendah, khasiat mineral-mineral dalam Garam Buluhnya amat diperlukan oleh tubuh badan.

Bagi IBU HAMIL, Kopi Mineral dapat:

1) Mengatasi masalah bacaan tekanan darah rendah.

2) Menstabilkan gula dalam darah untuk mengelakkan GDM (gestational diabetes mellitus) atau kencing manis ketika mengandung.
3) Menstabilkan tekanan darah yg tinggi atau sangat rendah.

4) Memberi tenaga serta mengenyangkan di kala si ibu yg mengalami 'morning sickness', tidak lalu makan atau kerap muntah pada awal kehamilan.

5) Si ibu lebih bertenaga & tidak mudah penat sepanjang kehamilan.

6) Merawat masalah 'cramps' dan sembelit di kalangan ibu hamil.







Nak dapatkan Kopi Mineral??? Jangan segan silu contact yana
0106273397



love,
ibu hamil 5 bulan - xoxo

Tips Kekal Sihat sepanjang Berpuasa

KETIKA berpuasa, kadar metabolik seseorang individu mulai menurun tetapi mekanisme tubuh lain pula akan berfungsi.

Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadan mampu meningkatkan kesihatan seseorang tetapi ada juga kemungkinan ia menjadi lebih teruk! 

Faktor penentu yang menyumbang kepada masalah kesihatan individu bukan kerana puasa itu sendiri, tetapi disebabkan jenis makanan yang diambil daripada waktu berbuka sehingga waktu bersahur.
Masalah yang kerap terjadi ketika berpuasa ada antaranya boleh diatasi jika tahu caranya. Berikut terdapat beberapa langkah yang boleh kamu guna pakai sepanjang bulan Ramadan ini. - LYNN



1. Pedih ulu hati. Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, pedih ulu hati merupakan antara masalah yang kerap terjadi sepanjang bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.

2. Dehidrasi. Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan dehidrasi. Sepanjang Ramadan, masalah dehidrasi lebih kerap berlaku kerana kamu perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada 10 jam. Disebabkan itu, penting untuk menikmati air secukupnya semasa bersahur dan juga berbuka.

3. Sakit kepala. Ketika berpuasa, sakit kepala kerap terjadi
kerana beberapa faktor seperti kelaparan, kurang tidur ataupun mengambil kafein dan tembakau. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan dan dapatkan tidur yang cukup untuk mengurangkan sakit kepala ketika berpuasa.

4. Sembelit. Antara faktor seseorang itu mengalami sembelit adalah pengambilan makanan segera secara berlebihan serta pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi di dalam diet. Bagi mengelakkan masalah tersebut, kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaliknya, tambah jumlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Paras gula rendah. Jika berasa pening, letih, lesu, menggigil, mengalami daya tumpuan yang rendah atau tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal ketika berpuasa, kemungkinan kamu mengalami simptom bahawa tahap gula rendah dalam darah. Jadi, pengambilan makanan dan minuman yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa perlu dikawal bagi membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak. Untuk itu, makanlah buah-buahan segar dan minum jus tanpa gula sebagai sumber tenaga ketika berbuka puasa. 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 Bagi yana sepanjang berpuasa ni tambahan yana tengah pregnant pengambilan nasi sewaktu sahur sangat2 penting untuk tenaga sepanjang berpuasa.. sebelum habis waktu sahur yana akan pastikan 3 biji kurma dan air kopi mineral diambil dahulu... air masak??? semestinya yana minum untuk mengelakkan dehidrasi..

 
Sajian penting ketika bersahur:
1. Nasi
2. Kopi mineral
3. Buah kurma
4. Air masak secukupnya

Sajian penting ketika berbuka:
1. Nasi
2.  Sayur-sayuran
3. Buah-buahan
4. Air 
5. Vitamin Obimin

Alhamdulillah segala amalan ni membuatkan badan yana kekal sihat dan bertenaga.



Ihya Ramadhan,
Liyana
0106273397



Selamat Berpuasa

 Happy Iftar Everyone!!!


Tahun ni adalah puasa kali ke 4 yana berpuasa bersama2 suami.. Runahtangga kami lagi berseri dan ceria dengan kehadiran cahaya mata..tak lain tak bukan mestilah si comel AUNI...yang comel lote dan banyak keletah tu.. lagi bermakna puasa kali ni yana berpuasa ketika berbadan dua...cabaran yang kuat untuk hadapi seharian berpuasa tapi alhamdulillah sepanjang 4 hari berpuasa yana masih bertahan semuanya disebabkan yana amalkan minum kopi mineral setiap kali bersahur..

Selamat berpuasa semua...Moga Ramadhan kali ni membawa berkat dan sejuta rahmat...
sepanjang berpuasa hampir tiap2 malam hujan turun membasahi Bumi.. Syukur pada Allah Taala..

SELAMAT BERPUASA !!!

LOVE, 
yana dan keluarga


Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...