Bioseleza pad wanita dengan teknologi BV

Saya serius mencari yg betul2 nak tambah income dgn menjadi PENGEDAR KAMI

Daily restok 
Sehari 1600 bv
Sebulan cuba kira...
Confirm income 5 angkaaa tau

5 angka tu belas2 ribu income.
Tak perlu kelayakan ijazah nak dapat income sebanyak itu yg penting serius nak.Everything kami ajar tekniknyaaa

Serius blh call or whatsapp 0106273397


Pengedar sabun marine essence diperlukan

Bau badan memang menjadi masalah utama setiap orang..nak2 kalau orang tu bekerja ditengah panas terik mentari... bau badan akan menyengat hidung..tambah2 pulak cuaca tak menentu sekarang ni..



Yana ade penyelesaiannya.. nak tahu rahsianya???




Sabun Marine Essence!!! mempunyai bauan aromaterapi dan warna hijau bentuk daun.... mampu merawat :




~ bau badan

~ jeragat
~ jerawat muka dan badan
~ celah2 hitam di peha/ketiak/pelipat
~ parut jerawat
~ ekzema
~ kurap
~ ruam
~ kelemumur
~ stretch marks
~ kulit sensitif



nak dapatkan si hijau menawan ni??? 

wapps or pm yana di 010627397


Kelebihan Memakai PREMIUM BEAUTIFUL Semasa Berpantang!!


Kenapa wanita harus pakai PB???

Wanita nak pakai PB dan harus pakai PB bukan hanya sebab

- nak cantik
- nak kurus
- tengah berpantang 
- tunggu masa nak bersalin
- tengah menyusu badan

TAPI yang ada penyakit seperti

- sakit migrain
- sakit belakang
- slip disc/scoliosis
- ade masalah rahim
(Keguguran, haid tak teratur, period pain teruk, rahim jatuh, rahim tinggi, cyst, serviks cancer, fibroid dan etc) 
- cancer survivor 
- sembelit
- buasir 
- gastrik

Tak ketinggalan juga yang ada masalah
- perut buncit
- selulit
- stretchmarks
- peha besar
- punggung jatuh
- breast kendur
- lengan besar
- punggung lebar

Wanita-wanita inilah yang harus menjaga kesihatan dari sekarang dan para suami haruslah memberi sokongan supaya isteri anda ada 1 set PB untuk dipakai..😍😍

Kebaikannya bukan untuk kesihatan dan kecantikan wanita sahaja malah untuk suami juga dan keharmonian rumahtangga..😘😘

Pm or wapps yana untuk free consultation di 0106273397











#tsunamipb #premiumbeautifulexpert #premiumbeautiful #kualaterengganu #marang #batuburuk #dungun #chendering #terengganu #kesihatan #kecantikan #pbevergreen #superbrands #highquality #highdemand

Liyana tahar
0106273397

Day 6: Nikmatnya berpantang dengan Premium Beautiful


Masa pakai waist nipper tadi teringat pulak time pakai bengkung lilit masa berpantang anak sulung..

DULU masa pakai bengkung lilit kene pakai berdua dgn suami.. 
SEKARANG masa pakai waist nipper pakai sorang2 jer..

DULU ambik masa yang lama nak lilit bengkung..
SEKARANG tak sampai 5 minit da siap pakai..

DULU time nak ke toilet memang menggelabah nak tanggalkan bengkung..
SEKARANG tak perlu risau sebab waist nipper tak tutup bawah..

DULU dan SEKARANG berbeza sangat sebab waist nipper menjimatkan masa dan memberi haba  tak perlu nak sapu2 minyak or losyen bagai..

#premiumbeautifulexpert #premiumbeautiful #tsunamipb #bengkungmoden


Liyana tahar
0106273397



Day 5 : Nikmatnyer berpantang dengan Premium Beautiful


Ari ni bangun awal pagi sebab nak keje pegi klinik KK Hiliran tuk cek kuning Ajwad...alhamdulillah setakat ni takde kuning..

Sebelum ke klinik harus lah pakai perisai dulu.. sbb nak kuar rumah yana ambik keputusan pakai Long Bra Premium Beautiful.. da pakai memang lain bentuknya.. breast naik dan penuh cup.. pakai plak ngan waist nipper...perghhh flat terus perut yana!!

Time berjalan pun takde la tersekat..jalan still macam biase cuma langkah perlahan..sebab PB ni membolehkan 360° pergerakan..

Liyana tahar
0106273397

Day 4: Nikmatnya berpantang dengan Premium Beautiful


Hari ni mesi datang melawat rumah..sesi check mengecheck bermula la... sorang cek baby sorg lagi check yana.. 

Pasal baby tak perlu risau sebab kuning takde..demam takde..esok pegi klinik Hiliran untuk rawatan susulan kuning..

Yang nak story kat sini ni pasal yana!! Hehehehe

Mesi check perut nak rase peranakan tadi die cakap "EH... PERANAKAN AWAK DA KECUT DA...LUKA BERSALIN PUN DA BAIK.. HARI KE BERAPA DA AWAK BERSALIN?" "ADE TUNGKU TAK?" Amboi banyak betul soalan die bagi dalam satu masa...huhu

Yana bagitau la " ARI NI HARI KE-4".."TAK TUNGKU LAGI..TAPI SAYA PAKAI KORSET PB SAYA SETIAP MASA dengan berurut baru 2 hari la"

Haaa..korang bayangkan dalam masa 4 hari pantang dengan PB peranakan yana da kecut sampai mesi tak boleh nak rasa..baguskan ade teman sebaik PB ni..nak2 pakai waist nipper..perut kemas.. pinggang tegap..paling utama peranakan kecut cepat..

Ibu2 yang tengah mengandung dan berpantang cepat2 la dapatkan Premium Beautiful kalau nak merasa sendiri nikmat berpantang dengan PB..memang berbaloi dan takkan menyesal punya.. THORRRBAIIKKK!!!


Liyana tahar
0106273397



Day 3 : Nikmatnya berpantang dengan Premium Beautiful


Arini pakai waist nipper takde rase susah da... smooth and nicely terletak.. terasa perut da mula kempis sebab 24 jam pakai waist nipper kan..syok sgt!!

Time duduk?? Of course la tak rasa sakit pinggang langsung..waist nipper teman baik sewaktu berpantang..

Bidan pun cakap peranakan da tak kembang..da boleh angkat dan letak kat tempat sepatutnya..

Liyana tahar
0106273397




Keistimewaan memakai Korset Premium Beautiful

Apa kelebihan korset Premium Beautiful daripada korset2 yang lain??

☆ dapatkan ukuran badan client
☆ fitting client
☆ share tips alihkan lemak

Korset Premium Beautiful ni ikut ukuran badan pemakai bukan main bagi saiz je tau.. sebelum sarungkan kat badan tu kami pakar premium beautiful harus dapatkan ukuran badan si pemakai dulu barulah korset tu sedap n sedang elok dipakai.. takde nak ketat or sesak nafas bile salah saiz..

Da dapat ukuran n saiz yang betul kami akan pegi fitting n consult client secara percuma.. 
Kami akan berkongsi tips untuk mengalihkan lemak dan cara menjaga Premium Beautiful...



Liyana tahar 
0106273397

#premiumbeautiful #topleaderscircle #pbkorset #premiumbeautifulexpert #setberpantang #setbersalin #alihlemak
#tsunamipb

Tips mudah ke toilet lepas bersalin

Happy Sunday uolls!! Hari ni last duk KTS..

Da 3 hari bersalin ari ni baru boleh buang air besar.. biasenya ibu yang baru lepas bersalin memang takut nak ke tandas sebab risau jahitan terbuka atau sakit masa nak meneran... tapi... bagi yana kalau kita tak beranikan diri memang makin susah nak membuang dan boleh jadi sembelit..

Tips yana untuk ibu2 yang takut nak ke toilet  tu kene
☆ minum air masak
☆ minum bbplus collegen sebelum tidur
☆ positifkan minda

#tipsmudahbuangairbesar
#bbpluscollegen
#ibuberpantang
#takutketandas
#sembelit


Petua banyakkan susu badan



Yana nak kongsi tips banyakkan susu badan yang yana dapat dari bidan masa urut susu..

tips mudah banyakkan susu badan

☆ 3 biji kurma
☆ 3 biji badam
☆ 3 biji kismis
☆ segelas air susu ( ikutla susu apapun yang sesuai dengan selera - cam yana minum susu full cream)

Makan setiap pagi dan petang.
Bacakan selawat dan niatkan untuk perbanyakkan susu badan.
Amalkan setiap hari.


Petua tingkatkan penghasilan susu badan

☆ Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.


☆ Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.


☆ Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu


☆ Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.


☆ Dapatkan rehat yang secukupnya.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.


☆ Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.


☆ Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:


Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.


☆ Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.

☆ Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
☆ Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.




Petua masyarakat Melayu kita:



a) Cekur Manis - Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. (Portal herba melur.com)



b) Kekacang/ Kacang Tanah - Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini



c) Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)



d) Halba dan Jintan Hitam - Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba



e) Bunga Melur - Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.



Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. (melur.com) 



f) Lobak Putih - Boleh dibuat sup/jus dan boleh dimakan begitu saja. Lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.



g) Pucuk Betik - Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.



h) Tuaman Daun Sirih - Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak



i) Jantung Pisang - Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.



j) Kurma - Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu




Makanan Lain: 



Bayam, Broccoli, Sawi, Pegaga, Daun Kucai, Kacang Buncis, Sengkuang Cina, Petola, Daun TuriKacang Hijau (bubur), Kacang Dhal, Kacang Buncis, Roti, Biskut BijirinMadu, KismisLaici, Mata Kucing, Rambutan (elakkan yang dalam tin/diproses)



Minuman lain penggalak susu badan



☆ Air masak; minum lebih 3 liter sehari


☆ Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.


☆ Bbplus Collegen ; minum waktu malam sebelum tidur


☆ Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus


☆ Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam


☆ Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan


☆ Amalkan minum milo/nestum/ horlicks


☆ Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina


☆ Soya


☆ Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus


☆ Air Kelapa


☆ Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula


☆ Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari


☆ Lobak putih; parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.





Zikir dan Doa



☆ Berzikir dgn kalimah YA MATIN(Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

☆ Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH... permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
☆ Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
☆ Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah


Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".




Lain-lain Amalan



☆ Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju


☆ Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.


☆ Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu


☆ Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.


☆ Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.

☆ Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu.

☆ Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.


☆ Rehatlah secukupnya.


☆ Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu.


☆ Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).


☆ Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.


☆ Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


☆ Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.




"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"



Rujukan: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung


Liyana tahar

0106273397



Tidur lena dengan Waist Nipper PB

Malam ku ditemani dengan waist nipper sangat2 membantu mendapatkan tidur yang lena..tak sedar masa berlalu.. kiranya memang dapat tidur tahap deep sleep la malam tadi..

Masalah sakit pinggang???  Langsung tak terasa..
Masalah perut terjerut??? Takde langsung...
Pakai waist nipper ni membantu tulang belakang yana supaya lurus dan tegak.. takdelah bile duduk jer badan melengkung.. lame2 tulang pun boleh bengkok..hehe



Liyana tahar
0106273397

Resepi lauk ibu berpantang

Hari 2 : (di KTS)

Hidangan pagi
☆ roti jem oren
☆ air milo

Hidangan tengahari
☆ nasi putih
☆ ikan panggang
☆ kerabu taugeh
☆ air tea o

Hidangan petang
 ☆nasi putih
☆ ikan panggang
☆ sayur tumis sawi
☆ air sunquick

Resepi kerabu taugeh :

Sebungkus taugeh
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 urat kacang panjang
1 sudu teh lada hitam biji
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

1. Taugeh hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
2. Hiris halus bawang merah.
3. Tumbuk lada hitam dan kalau nak pedas lebihkan lada hitam. Tumbuk sampai lumat.
4. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.


P/s : boleh tahan sedap la kerabu taugeh KTS sebab terasa pedas2 hangat lada hitam..


Resepi lauk ibu berpantang

Hari 1 : (di KTS)

Hidangan pagi
☆ roti tuna
☆ air milo

Hidangan tengahari
☆ nasi putih
☆ ikan panggang
☆ sayur peria
☆ buah oren
☆ air tea o

Hidangan petang
☆ nasi putih
☆ ikan panggang
☆ sayur tumis sawi manis
☆ buah jambu batu
☆ air sunquick

Resepi sayur peria:

Bahan-bahan:

1 biji peria - belah 2, keluarkan biji dan hiris nipis atau tebal ikut citarasa

garam / perasa pilihan

Air


Bahan tumbuk kasar :

3 biji bawang putih

3 biji bawang merah

Cara:

1. Panaskan sedikit air di dalam periuk. Masukkan semua bahan tumbuk.

2. Masukkan peria dan gaul rata.

3. Masukkan garam / perasa

4. Kacau sekali lagi.

5. Padamkan api dapur.



P/s: yana bukanlah penggemar sayur sebenarnya..nak-nak kalu peria aduii la pahitnya rase memang tak best tapi sebab berpantang telan jer la walau sikit..


Resepi Sayur Tumis Sawi Manis

Sawi Tumis Air
by: tun_telani

Bahan2:

2-3 pokok sawi - kerat2, asing daun dan batang
1 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit suhun/su'un - rendam dan toskan
Garam

Cara2:
Tumbuk bawang putih dan tumiskan.Masukkan sedikit air bersama dgn batang sawi.Masak sampai agak lembut.Masukkan daun sawi, suhun, dan masak didihkan sebentar.Perasakan garam.




p/s: lauk ni memang simple dan sedap.yana suka sawi manis or pack choy sebab tak pahit.. korang nak pakai sawi biase pun boleh ikut suka yer..


Day 2 : Nikmatnya berpantang dengan Premium Beautiful

Hari kedua pakai waist nipper Premium Beautiful... dari pagi sampai ke malam pakai memang best sangat2 perut ni.. pinggang pun tak lenguh bile susukan Ajwad..

Yang bestnya bile tengok darah ketul-ketul keluar dan time keluar tu memang la rasa sakit sikit tapi yana gosokkan tangan dekat perut yang bahagian berenda tu memang hilang rasa sakit dan perut pun hangat jer..

Misi pulak duk tanye banyak lagi ke darah keluar?? Yana cakap sikit da tapi yang bagusnya darah ketul keluar sekali..misi cakap bagus sebab cepat peranakan kecut..

Yana sarankan sangat2 pada ibu yang berpantang pakai set Premium Beautiful bukan hanya waktu berpantang je blh pakai tapi selepas tu pun boleh sebab nak shapekan balik badan yang da mengembang..

Liyana tahar
0106273397


Day 1 : Nikmatnya berpantang bersama Premium Beautiful

Hari ni bermula lah misi yana berpantang dengan Premium Beautiful.. untuk permulaan yana pakai waist nipper Premium Beautiful dulu untuk membantu mengeluarkan darah2 kotor..

Memula pakai waist nipper aka bengkung moden ni memanglah susah sikit almaklumlah 9 bulan perut mengembangkan..hehe.. tapi lepas jugak lah dapat kancing.. lepas jer pakai bengkung moden tak sampai 5 minit perut mula rasa hangat dan selesa..memula rasa sakit dekat bahagian perut pastu mula terasa darah mengalir kuar dengan lancar.. dengan bantuan teknologi moden yang ada pada waist nipper iaitu Far Infra-red Rays (FIR).. barulah yana boleh tidur dengan lena..

liyana tahar
0106273397


Selamat datang pertama hati mama..che wan mohd ajwad

Syukur pada Allah Taala perjuangan yana melahirkan ummat Nabi Muhammad s.a.w  dan pewaris keturunan Cwm Zulkifli dan Liyana Tahar telah dipermudahkan dan berjalan lancar..

Walaupun pada mulanya ade ujian dan dugaan melanda tapi syukur Allah masih menyayangi hamba-Nya...yana bersalin awal 18 hari dari tarikh jangkaan kerana masalah air ketuban yang sedikit dan berat baby tidak bertambah.. Lepas berehat 2 hari di wad doktor memutuskan untuk menginduce yana demi keselamatan kedua-dua ibu dan anak..

Alhamdulillah tepat jam 7.20 malam pada 30 Oktober 2014 yana selamat melahirkan anak lelaki dengan berat 2.38kg.. kini da sepasang anak yana..yang sulung perempuan yang kedua lelaki.. Dah lahir anak baru bermulalah misi berpantang.. tapi kali ni yana berpantang dengan Premium Beautiful..

MISI BERPANTANG BERSAMA PREMIUM BEAUTIFUL BERMULA!!!


Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...