01 November 2014

Resepi lauk ibu berpantang

Hari 1 : (di KTS)

Hidangan pagi
☆ roti tuna
☆ air milo

Hidangan tengahari
☆ nasi putih
☆ ikan panggang
☆ sayur peria
☆ buah oren
☆ air tea o

Hidangan petang
☆ nasi putih
☆ ikan panggang
☆ sayur tumis sawi manis
☆ buah jambu batu
☆ air sunquick

Resepi sayur peria:

Bahan-bahan:

1 biji peria - belah 2, keluarkan biji dan hiris nipis atau tebal ikut citarasa

garam / perasa pilihan

Air


Bahan tumbuk kasar :

3 biji bawang putih

3 biji bawang merah

Cara:

1. Panaskan sedikit air di dalam periuk. Masukkan semua bahan tumbuk.

2. Masukkan peria dan gaul rata.

3. Masukkan garam / perasa

4. Kacau sekali lagi.

5. Padamkan api dapur.



P/s: yana bukanlah penggemar sayur sebenarnya..nak-nak kalu peria aduii la pahitnya rase memang tak best tapi sebab berpantang telan jer la walau sikit..


Resepi Sayur Tumis Sawi Manis

Sawi Tumis Air
by: tun_telani

Bahan2:

2-3 pokok sawi - kerat2, asing daun dan batang
1 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit suhun/su'un - rendam dan toskan
Garam

Cara2:
Tumbuk bawang putih dan tumiskan.Masukkan sedikit air bersama dgn batang sawi.Masak sampai agak lembut.Masukkan daun sawi, suhun, dan masak didihkan sebentar.Perasakan garam.




p/s: lauk ni memang simple dan sedap.yana suka sawi manis or pack choy sebab tak pahit.. korang nak pakai sawi biase pun boleh ikut suka yer..


Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...