Keputihan?? Apa dan bagaimana??

Ade yang mengalami keputihan??? Apa itu keputihan?


Keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita.


Jenis-jenis KEPUTIHAN.


               Self-check jenis-jenis keputihan anda



Apakah penyebab kepada KEPUTIHAN?


Faktor Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.

Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang. Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darahFaktor Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.


Bahaya Penyakit KEPUTIHAN

- Menyebabkan kemandulan.

- Kehamilan di luar Rahim dan pendarahan yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi.

- Berpotensi menghidapi kanser rahim yang boleh membawa kematian.

- Jika antibody wanita itu rendah, jangkitan pada farah boleh membahayakan diri kita bila kuman tersebut memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkan luka.



So, please you all jangan ambil mudah masalah keputihan yang you all hidapi.



Cara mencegah KEPUTIHAN



Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.Gunakan tuala wanita kesihatan yang berfungsi mengurangkan keputihan dan seterusnya menyihatkan bahagian miss V wanita seperti tuala wanita Bioseleza

Jom berBioseleza... mempunyai tenaga BV yang menarik keputihan..


wapps / telegram /we chat 0106283397



Yana
0106273397

No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...