Teringat malam semalam auni merintih kesakitan berikutan ubat yang dimasukkan melalui IV..aku hanya mampu menenangkan dan menggosok lengannya dengan harapan sakitnya segera hilang.. ku tiup kata2 semangat dan ku baca surah al fatihah dan As-shau'ra untuk menghilangkan sakitnya... akhirnya auni tertidur dalam esakan dengan air mata berlinangan dikelopak mata..
8.30 pagi 5/2/2015 hari khamis di wad 6EF
Pagi kami 2 beranak seperti biasa...MO mula round katil untuk melihat perkembangan auni.. diterang satu persatu mengenai perkembangan auni pada ku agar aku memahami keadaannya.. ubat masih lagi bersilih ganti setiap 4 hingga 6 jam..
10 pagi 5/2/2015
Tepat jam 10 pagi doktor MO datang sekali lagi melawat katil2 pesakit bersama-sama pakar pediatrik... masa ni doktor pakar menyatakan keaadaan auni semakin baik dan tak perlu mengambil combivent lagi.. hanya perlu mengambil neb sabutamol.. hatiku mula lega dengan penjelasan doktor.. hanya menunggu doktor memberikan penjelasan cara menggunakan aero chamber walaupun aku sedia paham penggunaannya tapi tak salah kalau di revised kembali..
12.30 tghari 5/2/2015 khamis
Oksigen dan neb dihentikan sepenuhnya.. ditanya pada auni "mesi ke yang buat" auni sekadar mengangguk sebab tumpuannya lebih kepada handphone tengok cerita kegemaran..playdoh..huhuhu
1 tghari 5/2/2015
Dede datang bersama2 kawannya untuk menziarahi auni dan membawa makanan yang diminta auni...masih lagi bermain dengan game sotong setiap kali dede datang..
2.30ptg 5/2/2015
Doktor mula round katil sekali lagi kali ni dengan memberi harapan auni sudah boleh discharge hanya dengan menunjukkan cara memakai neb ventolin melalui aero chamber.. diberi peluang untuk menunjukkan sehingga ptg ni...lantas aku cepat2 menghubungi suami untuk membawa ubat ventolin yg sedia ada dengan harapan malam ni kami tak perlu bermalam di hospital lagi..
4.15 ptg 5/2/2015
Masih menunggu kehadiran doktor untuk menunjukkan cara2 menyedut dan meunjukkan tindak balas auni terhadap ubat.. aku berharap auni boleh pulang hari ni kerana kesihatannya semakin baik.. auni da mula berjalan2 di sekitar katil..im really happy with her..
Yana
0106273397
No comments:
Post a Comment