Setelah setahun lebih lelah auni terkawal akhirnya semalam tumpas juga... tak tahu la mana silapnya mungkin batuk dan selsema yang dihidapi mencetus kembali penyakitnya.. macam biasa setiap kali demam selsema n batuk ubat memang payah nak makan.. so mama continue dengan cara alternatif jer...tokma bg minum madu everyday..
7.00 Pagi 3/2/2015 hari Selasa
Dada auni berombak laju dan pernafasan cepat.. aku n suami bawa auni ke Klinik Pesakit Luar HSNZ... doktor beri neb sekali then lepas check doktor cakap pernafasan da ok..untuk ubatnye doktor sambung balik inhaler biru dan oren...biru guna bile perlu dan oren gune untuk mencegah..
10.30 pagi 3/2/2015
lepas da settle semua aku n suami bawa auni balik umah mak kat Batu Buruk.. nampak da ok sikit cume suara erangan masa tidur masih lagi kedengaran.. bercampur dengan auni tak membuang masuk hari ke 5.. terpaksa guna ubat ikut punggung untuk buat auni membuang.. da selesai membuang auni tidur sebab letih..
4.00 ptg 3/2/2015
Abah balik dari kerja tengok dada auni kembali berombak laju dan erangan makin kuat..abah nasihatkan aku n suami bawa auni ke emergancy.. sampai ER auni nampak keletihan dan separa sedar... doktor memberikan neb dan memanggil nama tapi matanya terpejam rapat... aku lihat dada auni berombak makin laju.. dicucuk dan diambil darah untuk ujian selanjutnya..
5.00 ptg 3/2/2015 di ER bhgn REd ZONE
Doktor memberi kata dua pada aku mengenai keadaan auni andai kata auni masih lagi tak sedar lepas neb pertama doktor terpaksa masukkan tiub dalam mulut ke paru-paru dan diberi ubat tidur.. bermakna auni takkan sedarkan diri dan hanya bergantung pada mesin.. untuk menghalang dari nafasnya terhenti sendiri..
(Luaran nampak tenang tapi dalam hati Allah saja yang tahu gelora hati yana)
Lepas 5 minit neb kedua diberi..waktu ni auni da boleh buka mata dan panggil mama.. syukur alhamdulillah walau pun tak sedar sepenuhnya at least auni buka mata.. mase ni jugak lah auni kene xray... result xray menunjukkan paru2 auni dijangkiti kuman.. neb 3-5 diberikan sehingga doktor putuskan auni terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan lebih lanjut..
6 ptg - 10.30 malam di wad 6EF
Jam 6 petang auni disorongkan ke wad 6ef di dalam bilik khas untuk pesakit asma.. sempat duduk dalam bilik tu untuk beberapa jam jer..kerana pernafasan dan nozzing di paru2 masih lagi kuat tepat jam 11 malam doktor pakar putuskan auni terpaksa dimasukkan ke PICU (Pediatrik Intensive Care Unit) dalam erti kata lain wad ICU untuk kanak2... Ya Allah sekali lagi auni diduga..
11 malam di PICU
Pakar datang melawat auni bersama MO dan HO...neb masih lagi berganti dengan oksigen.. auni juga terpaksa puasa ekoran doktor bimbang jika berlaku muntah atau tersedak sewaktu makan dan minum...tidur kami 2 beranak di bilik ICU dengan pemerhatian ketat oleh doktor...
8 pagi di PICU 4/2/2015 hari Rabu
Rondaan doktor pakar untuk mengetahui lebih lanjut keadaan auni... dengan rengekan auni untuk menyusu membuatkan hatiku sayu da terpaksa memujuknya tidur dalam kelaparan..tidur die dalam pujukan aku yang sayu melihat keadaannya..
10 pagi di PICU
Keadaan auni bertambah baik dan doktor memberikan kebenaran untuk auni makan dan minum..semestinya susu yang diinginkan memenuhi perutnya yang kosong.. segalanya disukat dari minumannya sehingga buangannya...
Pagi ni tok nah datang melawat auni..diikuti dede waktu tengahari memujuk auni dengan bermain game telefon..1 jam masa diluangkan n auni bertambah segar..waktu petang tok mie n ayoh cik datang melawat yang specialnya ayoh chik siap bawak piza lagi untuk auni makan...
4.30 ptg 4/2/2015
Auni dibenarkan keluar dari PICU dan ke wad biasa.. alhamdulillah respond auni makin baik dan pernafasan kembali normal..
Waktu melawat jam 6 petang suami dan ajwad datang bersama keluarga yana... hilang rindu pada si kecil.. ajwad seperti memahami keadaan kakaknya yang sakit.. bulat mata memandang kakak dengan wayar ditangan..
10.45mlm di wad 6EF
Malam ni kami masih disini.. aku meluangkan masa membuat entry... yana bersyukur pada Allah kerana berpeluang diduga dan diberi cubaan kerana SAKIT juga satu rezeki..
Minda positif membantu yana menghadapi ujian ini dengan redha..
Terima kasih pada semua yang mendoakan dan memberikan kata2 semangat pada auni dan yana..
Alhamdulillah sepanjang jaga auni dihospital sakit pinggang tak terasa sebab yana pakai waist nipper premium beautiful.. syukur dengan adanya PB setiap waktu pinggang yana seperti diurut.. pada waktu kecemasan begini beruntung dapat pakai PB dan yana berbangga menjadi pengamal tegar PB..
Yana
0106273397
No comments:
Post a Comment