Petua hilangkan kuning baby

Assalamualaikum semua pembaca blog yana...
 malam ni yana nak share pasal petua hilangkan kuning baby dalam tempoh berpantang...

baby yang lahir umumnya akan kene kuning @ jaundis selepas 2-3 hari lahir.

Sama macam dua2 anak yana yang kene kuning..
baby perempuan kuning akan cepat hilang berbanding baby lelaki
 ( itu doktor yg kate bukan yana pandai-pandai tau)
Masa anak sulung yana lahir yana pegi cek kuning selang dua hari kat Klinik Kesihatan Hiliran..

 beza ngan anak kedua selang sehari yana g cek kuning..
macam2 petua orang bagi yana cuba ada yg mujarab ade yang makin memburukkan keadaan..
Petua-petua kat bawah ni yana memang amalkan kat dua-dua anak yana..
1) Anggur Hitam - yana titis air anggur hitam dalam mulut anak yana setiap hari... bacaan kuning memang turun.
2) Mandikan dengan air agar-agar - yang ni yana dapat petua dari makcik yang yana jupe kt klinik time bawak Ajwad...agar2 makan tu yana rendam minimum 2 jam pastu yana mandikan sekali ngan agar2..(sepeket tu blh buat 3 kali) alhamdulillah bacaan makin menurun
3) Buah Kuning - yana cuba jugak mandikan Ajwad dengan air buah kuning (blh beli kat farmasi) tapi cara ni tak mujarab kat anak yana sebab bacaan makin tinggi.
4) Serbuk Mutiara - yang ni yana tak sempat cuba tapi kawan yana try kat anak die memang menjadi..masa tu kuning anak die da lebih 30 hari.
5) Waist Nipper PB - yana balut badan anak yana setiap masa dengan waist nipper PB nak2 waktu malam..badan anak akan berpeluh so toksin cepat keluar..
6) BVSM - yana tidurkan Ajwad atas BVSM setiap malam.. bacaan memang turun dan badan memang berpeluh
Cara-cara kat atas ni mungkin berbeza dengan anak masing-masing ade yg skong ade yang tak.. tapi tak salah mencuba kan ;)
Sebab yana tak sanggup tengok kaki anak2 kene cucuk setiap kali cek kuning.. memang la ade jer yang cek guna phototherapy jaundice tu tapi tak setepat ambik darah..

 alhamdulillah semua yang yana cuba ni berhasil kecuali buah kuning tu la..huhu
Hope apa yang yana share membantu para ibu n bapa yg tengah mencari petua hilangkan kuning baby...

 
Wasalam..

Lots of love,
Yana

ni gambar Ajwad dalam hari lagi...yana balut ngan Waist Nipper PB

No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...