02 March 2015

Asam pedas untuk die

Hai semua blogger readers...
Malam ni juadah yana sekeluarga adalah asam pedas ikan...
Betul kata orang tua sixth sense isteri ni kuat... bayangkan yana da siap2 beli bahan untuk buat asam pedas kat kedai runcit sebelah opis otw ambik anak2 suami wapps tanyer makan ape...? Yana cakaplah asam pedas..terus suami reply "YES".. Kene dengan selera suami arini...hehehe

Resepi asam pedas ni?? Yana google jugak time nak masak tu sebab ini lah kali pertama buat...takut silap...hehe..tapi alhamdulillah sedap dan suami yanaenambah sampai 2 kali..

Bahan-bahan:-

2-3 ekor ikan kembung
8 biji bendi (basuh dan toskan)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 1/2 senduk nasi cili giling
3/4 sudu besar pes asam jawa
1 liter air
Sedikit garam
Sedikit gula
Segenggam daun kesom

Bahan(kisar halus)

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji lada merah (buang biji)
2 hiris halia
Sedikit belacan

Cara-caranya

1) siang ikan dan bersihkan.. bendi dicuci kemudian toskan.. tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang...goreng sehingga naik bau dan keperangan.. kemudian masukkan cili giling dan bahan yang dikisar tumis kacau hingga masak sehingga pecah minyak.. masukkan pes asam jawa

2) masukkan air dan kacau sehingga menggelegak..kemudian masukkan bendi masak sebentar...seterusnya masukkan ikan  kacau perlahan-lahan..masukkan daun kesum

3) tambahkan garam dan gula rasa sebelum menutup api.. hidangkan bersama nasi dan telur dadar

Ok tu je cara yana masak asam pedas... yana google kat blog che mat..tq ajar satu2..

So kawan blog reader nak try masak asam pedas boleh ikut cara ni...simple jer..

Loves,
Yana....ibu dan isteri

Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...