03 June 2015

Luahan hati salah seorang pekerja MAS daripada 6000 staff yang menerima notis penamatan perkhidmatan berikutan penstrukturan baru syarikat..

Moga dipermudahkan urusan setiap seorang dalam meniti kehidupan yang mendatang..

SEPANG: “Saya tidak tahu apa akan dilakukan selepas ini kerana masih terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Penerbangan Malaysia (MAS),” kata seorang kakitangan Malaysia Airlines, Hafiz,30, yang telah ditamatkan perkhidmatan.
Memetik laproan Kuala Lumpur Post,Hafiz adalah salah seorang dari 6000 kakitangan MAS yang telah ditamatkan perkhidmatan selepas tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional tersebut.

Menurutnya, surat notis penamatan yang dipos ke rumah dibuka isteri dimana ia telah dibuka oleh isterinya sebelum memaklumkan kepada beliau yang sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Katanya, kerana notis penamatan kerja itu dia terpaksa mencari kerja lain sebelum 31 Ogos di mana tarikh tersebut adalah hari terakhir perkhidmatannya dengan MAS.

“Bukan senang untuk mencari kerja lain ketika ini, tambahan pula saya sebagai ketua keluarga perlu menyara isteri dan anak.
“Buat masa ini saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Walaupun agak tertekan, saya reda dan percaya akan ada rezeki lain untuk kami sekeluarga,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui oleh wartawan Kuala Lumpur Post.

P/s: sekarang ni berniaga adalah pilihan terbaik bila menghadapi situasi sebegini.. TLC sedia membantu untuk kehidupan yang lebih baik

Yana
0106273397

Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...