Ramadhan terakhir untuk ayah mentuaku..

Salam semua...
Ramadhan terakhir tahun 2015 kami sekeluarga menyambut ketibaan Syawal dengan sayu dan sendu..kerana KU telah pergi buat selamanya...Al-fatihah..

Serba sedikit rentetan hari terakhir Ramadhan tahun ini...
Dalam suasana nak menyambut Hari Raya yana dapat khabar berita dari suami bahawa ayah mentua telah meninggal dunia.. masa tu yana berada di opis.. blur dan tak tentu arah sekejap nak buat pape..
Dapat call suami tanya maklumat lanjut then siap2 nak balik rumah kemas baju untuk balik kampung.. anak-anak?? Yana da maklumkan kat keluarga berkenaan kematian Ku so mak abah yang bawak anak2 balik kampung..
Sampai2 jer kat kampung masa tu bru je lps mandikan jenazah Ku..alhamdulillah yana sempat tatap wajah ayah mentua untuk kali terakhir..

Permintaan terakhir Ku nak pakai baju raya warna putih...tapi dalam masa yang sama arwah cakap tak sempat nak pakai baju tu nanti..ibaratnya Ku da tau masanya takkan lama..
..................... hari kejadian..................
......
Waktu kematian berlaku jam 8.25 pagi.. punca kematian hypovolemic shock... aku mendapat wapps dari suami 5 minit selepas itu.. berita sedih turut dikhabarkan kepada keluargaku..Jam 9.30 pagi aku keluar opis setelah selesai urusan penyerahan tugas.. balik rumah bersiap utk pakaian harian dan hari raya..
Jam 1030 pagi suami maklumkan jenazah dibawa pulang kerumah di kampung.. aku masih lagi bersiap2..jam 11 pagi aku bertolak balik seorang diri tanpa anak2.. tepat jam 12 tghari aku sampai di kampung..ketika itu jenazah KU sedang dikafankan..alhamdulillah aku berkesempatanenatap wajah arwah KU sebelum disemadikan...sebak dan pilu menyelubungi keadaan..perginya ayah mentua yang baik hati dan penyayang..

Jam 1230 tghari jenazah di bawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan.. tepat jam 1 tghari kami berangkat ke kubur untuk mengiringi perjalanan terakhir KU ke alam barzakh..
Persiapan berbuka untuk hari terakhir hanya ala kadar untuk memenuhi kewajipan.. sedih dan pilu masih terasa hingga pagi raya (hari ini)

"Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali"
"Semua yang hidup pasti akan mati"


Nukilan hati,
YANA

No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...