26 August 2015

PREMIUM BEAUTIFUL : SET HAMIL DAN SET BERPANTANG TERBAIK!


Assalamualaikum blogger reader.. 
Hari ni Yana nak share kat semua macam mana Yana boleh pakai Premium Beautiful...;)
Post Yana kali ni panjang tapi penuh cerita suka duka... Moga kalian dapat selami perasaan Yana..

Untuk pengetahuan semua even Yana mula berniaga dengan TLC starting Jun 2013 tapi waktu tu Yana tak pakai pun lagi PB.. bukan tak nak tapi tak terdetik lagi dihati nak pakai... (hehehe degil sikit masa ni)
Yana start dengan BBplus Collegen dan sabun Marine Essence..
Masa tu orang yang paling sabar dengan kerenah Yana of course lah mentor Yana... Safriza Azwani.. Yana salute sikap sabar dan tak putus asa Saf pada diri ni..thank you so much Saf :*

SAFRIZA AZWANI!!
Orang pertama yang tarik Yana dalam bisnes ni..
Orang pertama yang yakin dengan Yana..
Orang pertama yang nampak potensi diri Yana..

KENAPA YANA PAKAI PB?? MACAM MANA BOLEH TERGERAK NAK PAKAI??

ceritanya dibawah nie...setiap satu detik yana ceritakan..cerita yang yana sendiri alami dan tempuhi..

EPILOG: 

 Yana ingat lagi masa kali pertama Yana hamil anak sulung..pengalaman mengandung masa tu memang sangat tak ternilai.. malah pengalaman pregnant semuanya bernilai..tak boleh diganti dengan ape-ape pun..

Puteri sulung Yana selamat dilahirkan pada 26.6.2011 dengan berat 3.06kg tepat jam 6.20 pagi..
mengandung anak sulung takde alahan.. 
dan boleh dikatakan takde masalah langsung..

Permata hati Yana dan suami.. Che Wan Nur Auni

Selang setahun Yana dan suami dapat khabar gembira lagi...Yana pregnant kali kedua.. perasaan happy tak terkata sebab Auni bakal dapat adik..

**************************************************************************************************************

BAB 1: PREGNANT LAGI?!

Awal mengandung Yana diarahkan pergi bertugas dengan Unit Bank Bergerak untuk buka akaun di kawasan kampung-kampung untuk program Ejen Bank..
Yana ingat lagi masa tu yana bagitau kat ketua yana yang yana baru je mengandung... so yana risau kalau terjadi ape-ape.. 
tapi sedih.. 
ketua yana tak peduli waktu tu keadaan yana macam mana..
kata-kata ketua yana mengguris hati yana sampai sekarang...
"kenapa kalau awak mengandung tak boleh buat keje la!!"
"ini arahan atau awak nak saya tukarkan awak ke cawangan lain!!"
masa tu yana fikir kalau aku kene tukar jauh susah lah sebab anak kecik lagi..pulak tu aku tengah mengadung...jadi yana akur dengan arahan tugas..
kerja luar yang membabitkan 2 hari naik van dan yana cuma alas bantal bawah punggung supaya tak terasa hentakan masa dalam perjalanan ke lokasi program..
dalam hati cuma berdoa moga kandungan yana selamat..

TAPI....

 Ku sangka panas sampai petang rupanya hujan ditengahari....
Berita gembira hanya sementara..
Kandungan yana bertahan hanya 8 minggu..
anak yana mampu hidup dalam rahim yana hanya sekejap jer..
Selepas 3 hari...yana tumpah darah.. 
masa tu macam darah period keluar awal pagi.. time tu jugak yana menangis tak tahu nak buat ape.. pukul 2 pagi... suami bawak yana pegi Klinik Perubatan Intan.. doktor scan masa tu jantung baby lemah...berderai air mata yana..tak tahu nak kata apa...doktor bagi yana ubat kuatkan rahim..bagi MC untuk berehat..
cuma pesannya kalau darah keluar banyak cepat-cepat ke hospital..
Jam 6 pagi darah makin banyak keluar..yana terus hantar Auni ke rumah mak..suami bawak yana pegi ER.. doktor scan jantung baby yana dah takde... NO HEART BEAT!! 

Subhanallah dugaan apa yang Engkau berikan pada diriku... 
aku tak mampu nak hadapi.. serta merta yana warded untuk tindakan lanjut.. SCAN UNTUK CONFIRMATION!

Keesokkannya...
Yana ingat lagi doktor scan yana dan tunjuk kandungan yana masa tu 8 minggu... yana nampak kepala, tangan, kaki, badan..tapi takde degup jantung bergerak.. doktor sahkan yana keguguran..
 masa tu jugak yana menangis..
  doktor mintak kebenaran untuk D&C.. yana tak nak...suami yana menangis...doktor beri kami ruang.. 
bagi pilihan..
andai kata nak biar gugur sendiri takut mudharat yana...
janin memburuk dalam rahim dan keadaan jadi makin serius..
semua orang bimbang keadaan yana..suami beri sokongan..
mak telefon..abah nasihat..mak sedara datang melawat nasihat untuk D&C..
Sampai sekarang Yana ingat..sampai bila-bila Yana akan ingat... bukan berdendam tapi Yana susah nak lupakan..kerana tugas luar yana kehilangan kandungan..

*************************************************************************************************************************

 BAB 2 : GUGUR YANG PALING SAKIT

 Selang 3 bulan lepas berpantang gugur...yana hamil lagi..
kali ni yana yakin kandungan yana bertahan dan kuat sebab dah melepasi trimester pertama... tapi sangkaan yana meleset lagi..
masa tu nak hantar adik masuk matrik sem 2.. sebelum pergi yana dah dapatkan nasihat doktor sebab yana nak travel jauh ke Melaka.. doktor cakap ok sebab da masuk 12 minggu..
time tu abah yana da cakap tak payah pergi tapi yana degil...masa tu yana sangka kandungan yana kuat macam yang sulung.. sungguh yana tak sangka kandungan yana tak sekuat tu... balik dari Melaka selang 3 hari Yana tumpah darah lagi..
kandungan yang besar tak sama cam yang pertama gugur.. 
sakitnya lagi teruk..
bermalam di hospital dengan tak de selera nak makan.. 
perut sakit macam nak beranak... yana minta ubat tahan sakit mesi tak bagi..adik datang hantar nasi..tapi yana tak lalu nak makan sebab da sakit.. yana tidur sorang malam tu.. 
last-last jam 11 malam yana tumpah darah atas katil wad...
katil habis basah lencun dengan darah... yana pikir masa tu yana ketuban darah..sebab sakitnya lain dari sebelum2 ni..
masa tu mesi kelam kabut ambik yana masuk dalam bilik rawatan...
doktor yang ada cuma doktor lelaki... masa darurat yana bukakan juga kaki depan doktor... saat mesi alihkan pad darah memancut keluar...terasa panas dan sakit bercampur.. masa tu dah tak de rasa malu.. yang yana ingat cuma sakit..
doktor terpaksa tarik keluar janin dari rahim yana sebab janin dah hampir keluar di pintu rahim.. hancur luluh hati yana bile bayi yana ditarik sebegitu rupa..tak nampak rupa yang tinggal hanya cebisan daging merah atas dulang di sisi katil.. air mata yana menitis lagi..kali ni yana sendiri..
terkangkang depan doktor hampir 1 jam buatkan kaki yana menggeletar sebab letih dan sejuk..
Pukul 1 pagi doktor pakar datang melawat scan kedalam rahim rupanya masih ada yang tertinggal...D&C perlu dibuat lagi...
kali ni yana redha.. ALLAH lebih Mengetahui.. 
masa ni jugaklah yana dapat tahu rahim yana terbalik (retroverted uterus) 

rahim terbalik 2
Keadaan rahim yana yang terbalik..kebanyakannya susah nak mengandung tapi alhamdulillah yana tak sama..

*****************************************************************************************************************************************

BAB 3: GUGUR KALI KETIGA BERTURUT!

Lepas gugur kali kedua tak lama lepas tu Yana lekat lagi...syukur alhamdulillah... tapi masa tu bertahan setakat 8 minggu... Allah duga yana dan suami lagi.. nak sedih?? dah jadi macam biasa.. redha dan pasrah dengan ujian ALLAH Taala... bezanya cuma kali ni yana tak D&C sebab gugur sempurna.. sebab gugur??? jalan jauh ker?? tak jaga kandungan ker?? yana tak tahu nak cakap apa.. mungkin satakat tu jer perjanjian Allah dengan anak Yana... sememangnya Yana ada 3 orang anak Syurga yang menanti Yana..

********************************************************************************************

BAB 4: Hasrat pakai PB tercapai

Lepas 3 kali gugur berturut.. bermulalah appointment yana dengan O&G..pakar puan dan klinik kesihatan...setiap minggu Yana dipantau..diberi penerangan pasal keguguran yang lalu tak dapat dikesan punca yana gugur...
sebab da kecewa gugur kerap sangat Yana google pasal keguguran... bile taip keguguran yang keluar Premium Beautiful dapat membantu.. dapat kuatkan rahim.. 
dapat beri sokongan pada rahim..
cerita pada Saf.. 
masa tu saf cadangkan yana pakai PB untuk jaga rahim yana..kuatkan rahim..

Lepas 3 bulan pakai PB yana disahkan pregnant lagi..
masa tu yana amalkan jugak Maharani untuk hormon yana..
bila yana positif hamil..yana direct ke bahagian Gynea.. 
selang 2 minggu appointment.. 




sampai 1 hari doktor syorkan yana pakailah apa-apa girdle yang boleh sokong rahim yana... masa tu yana ikhtiar pakai PB..sampai lah kandungan yana berusia 4 bulan.. 
DAN 
Alhamdulillah kandungan kali ni selamat hingga hari bersalin.. cuma..
ada sedikit kompilasi pada penghujung kandungan bile air ketuban yana makin sikit..makin kering... yana warded 2 hari di KTS tapi air ketuban makin mengering... kemudian doktor cadangkan Yana diinduce untuk keselamatan yana dan baby..

 Tanggal 30.10.2014 tepat jam 7.30 malam yana selamat melahirkan seorang putera dengan berat 2.38kg... kecik tapi berani dan kuat semangatnya... 


Che Wan Muhammad Ajwad..
Kekuatan Yana dan suami


*****************************************************************************************************************

 Bab 5: Berpantang dengan Premium Beeautiful



Lepas jer bersalin yana terus pakai waist nipper..untuk keluarkan darah-darah kotor..memang berketul-ketul keluar.. yana kat hospital 6 hari sebab Ajwad ada masalah kuman dalam darah..maybe sebab yana kene ckicken pox masa pregnant 7 bulan..

Keluar hospital yana sentiasa pakai PB sampai bawak tidur..
memula pakai waist nipper sebaik saja sedar diri 
lepas tu pakai girdle lepas 2 minggu..yana tunggu jahitan kering dulu..
bra pulak yana pakai masa hari ke 20 berpantang..
masa mesi datang melawat rumah hari ke 7..
mesi rasa rahim yana da kecut molek..cantik terletak.. 
berkat pakai bengkung PB siang malam..
Nak menyusu pun tak lenguh pinggang..
Lagipun yana banyak ulang-alik ke klinik sebab kuning Ajwad turun naik...hampir sebulan..so pantang pun tak sangat..tapi yana bersyukur ada PB..memudahkan yana bergerak dan beri tenaga..

Bagi Yana berbaloi pakai PB..biarpun mahal tapi berkualiti..
beli sekali tapi boleh pakai dari niat nak kuatkan rahim sampai la ke berpantang dan masih lagi pakai hari-hari pegi kerja..

Ini cerita yana... pengalaman yana dengan PB..
dari niat nak pakai jer sampai lah yana buat keputusan buat bisnes PB..sebab yana nak bantu orang lain yang ada masalah puan..




Loves,
Yana - mother of 2
PB User and Expert PB
 +60106273397

Entry Terbaru Yana

Mitos pasal korset Premium Beautiful

Pernah tak buat keputusan tanpa ambil kira pengalaman sendiri? Alaaa orang putih cakap "dont judge a book by its cover"...