20 May 2016

2016 Diamond Night Award at PICC, Putrajaya

Hai semua...

Ingat tak yana ada pegi event SHOM baru-baru nie? Alaa... yang Diamond Night tu.. haaa yang tu la..😉😉😉..kan yana tak share lagi gambar-gambar untuk tatapan semua.. sebab banyak lagi gambar dari photographer yang tak dapat... dalam 1000 lebih jugak la total semua.

Masa award ni Yana officially bergelar Diamond Sales Manager (RM180,000). Masa nak dapatkan title nie memang kepala dah set bulan 4 aku nak naik stage. Alhamdulillah rezeki dan doa yana Allah perkenankan. Time ni memang nak kene sabar jer banyak-banyak.

Suami yana peneman setia dan supporter yana sepanjang yana berbisnes. Sempat bergambar dan posing berdua sebelum kesihatan suami yana makin melarat... kesian kat suami sampai jer kat KL terus kene demam.

Masa nak ambik award tu perasaan yana seram sejuk, gembira, syahdu macam-macam ada sampaikan bergenang air mata mengenangkan jerit perih nak sampai ke tahap ni. Paling win aritu of course dress yana..hahahaha...ala-ala princess dengan tailed dress. Berat jugak la nak membawak tapi puas hati sebab dapat melaram ke award.

Lepas turun stage tu mentor yana sambut dengan pelukan dan tepukan membakar semangat. Next stage kene genggam. Kawan-kawan yang datang merai turut mengambil peluang untuk aura positif.

Hari award yang sama mentor Yana naik stage jugak. Double award lagi tau.. Double Diamond Manager (RM720,000) dengan Car Fund. Yana pun berangan dan bercita-cita nak naik stage bulan 9 nanti ambik double award.. moga Allah permudahkan impian dan cita-cita yana.













Bisnes mudah bile ada mentor disisi. Buat apa yang mentor dah ajar dan lakukan tanpa banyak tanya. Mentor dah buktikan berjaya so kita buat jer la.

Loves
Yana

Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...