04 June 2016

Kelebihan Bersedekah

Allah telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita keluarkan untuk bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja menggantikan wang yang telah disedekahkan, tetapi akan menggantikannya sebanyak sepuluh kali ganda dengan nilai yang kita belanjakan.

Sebagai contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu kita sedekahkan RM1 kepada seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki sebanyak RM9. kita bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. Wang yang telah disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka, kita akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain.

Orang yang bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu ✔golongan yang bersedekah akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat panas.
✔golongan ini juga akan ringan hisabnya.
✔mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat.
✔golongan ini akan meniti Titian Sirat dengan lancar dan pantas.
✔golongan ini akan diangkat darjatnya di dalam syurga.

Inilah rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan sedikit kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan memperolehi manfaat yang tidak ternilai. Dengan niat memberi sedekah untuk menyenangkan bebanan orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan kebaikan itu Allah telah memanjangkan umur kita, menolak bala dan bencana selain membuatkan kita menjadi lebih kaya

Entry Terbaru Yana

Peluang menjadi AGENT TLC dengan modal RM80

Assalamualaikum.. Harini yana nak berkongsi rezeki dengan menawarkan you all (isteri, ibu dan anak dara) untuk menjadi age...