PREMIUM BEAUTIFUL TERENGGANU: Cara merawat Slip Dics

Salam Ahad semua... selamat berpuasa Ramdhan 14 da kita hari ni...tak sangkakan..dah masuk fasa kedua Ramadhan..

Time kasih sudi singgah dan luangkan masa baca blog yana.. syukur alhamdulillah.
Yana nak share sikit Cara Rawatan Untuk Mengatasi Masalah Slip Disc. Kesakitan akibat slip disc mungkin berpanjangan jika tidak dirawat dengan sebaiknya. 7 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan masalah berkaitan sakit tulang belakang:

#1 – Rehat secara tenang dan relaks
Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Atau boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. Ia begitu subjektif, tetapi boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda. Yang penting, jangan berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.

#2 – Berjalan kaki sedekat boleh
Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10 hingga 20 minit) berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki atau bertangga). Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek sudah memadai supaya kesakitan boleh dikawal dan tidak timbul masalah sakit kaki.

#3 – Ambil ubat jika perlu
Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, menghadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu. Sakit belakang bukan masalah yang kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos dan masa yang ditetapkan. Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan peritnya kesakitan tulang belakang yang bukan main calang-calang rasa sakitnya.

#4 – Cuba terapi haba atau ais
Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Cuma boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip dics.
Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Tekap atau balut pada bahagian yang sakit sekitar 15 ke 20 minit dan lakukannya 2 atau 3 jam sekali.
Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat sekali sekala.
Guna balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
Guna pek ais bahagian yang sakit sekitar 10 ke 15 minit.
Atau boleh juga guna seketul ais sederhana besar atau sayur sejuk beku yang dibalut dalam tuala nipis. Lakukannya untuk 2 hingga 3 jam sekali.

#5 – Terapi fizikal
Apabila pergerakan terbatas dalam had tertentu, terapi fizikal boleh membantu. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada di klinik, hospital, rumah dengan bantuan oleh pakar terapi fizikal. Kebiasaannya dimulakan dengan kaedah mengurangkan kesakitan dan bengkak, kemudian kepada sesi memperbaiki fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan ketahanan. Mungkin memerlukan beberapa kaedah senaman dalam program terapi ini.

#6 – Pembedahan tulang belakang
Nisbahnya berlaku kepada 1 daripada 10 pesakit slip disc. Rasanya sedikit ngeri. Tetapi mungkin pilihan terbaik apabila kerosakan saraf atau kesakitan menjadi semakin kronik atau gagal sembuh sekurang-kurangnya selepas 4 minggu kaedah rawatan lain.

#7 – Pengambilan suplemen untuk tulang belakang
Merujuk kepada laman livestrong.com, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu memperbaiki kerosakan tisu akibat masalah slip disc.

#8 - PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL
Memakai Korset Premium Beautiful merupakan cara yang paling SELAMAT dan menjimatkan duit. Ini terbukti dengan dengan pengiktirafan oleh pakar tulang belakang. Premium Beautiful menyokong tulang belakang sepaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan selesa.

Untuk free fitting boleh contact Yana 0106273397. Yana akan detailkan berkaitan PB dan guide cara-cara pakai dengan betul.


P/s: Later on yana share testimoni pesakit Slip Disc yang yana kenal. Kak Nur, Kak Hafiza dan Shimah Simz


Loves,
Liyana Tahar
PB Expert Terengganu

No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...