Salam semua..
Rindunya nak berblogging setiap hari..ada yang tertunggu-tunggu post dari yana tak?? Alhamdulillah...ada yer...hihihi... terima kasih banyak-banyak tau sebab sudi singgah blog yana. Hopefully blog yana dapat bantu uolls dari segi info dan jawapannya.
Pagi ni yana nak share pasal SLIP DISC. Apa yang uolls tau pasal Slip Disc?? Macam yana bile sebut jer slip dics mesti terpikir masalah tulang belakang.. tak boleh nak berjalan..kaki tak sama panjang.. sakit menyucuk antara tulang belakang.. badan bongkok...duduk melengkung.. angkat benda berat.. hmmm banyak jugaklah orang yang ada masalah ni kan.. paling kritikal bile pesakit ni terpaksa buat treatment phisiotherapy sehingga berakhir dengan pembedahan.
APA ITU SLIP DISC???
Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’, Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc).
Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakkan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher.
Banyak faktor yang menyimbang kearah sakit belakang ni..antaranya
Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.
Terkejut bile bacakan??? Yana sendiri tak sangka.. tapi memang mulai terasa sendiri akibat sakit belakang sebab zaman yana bekerja dulu fenomena duduk lama di kerusi itu dah biasa..
Ada kaedah rawatan yang boleh membantu... yana akan share dalam post yang lain..
Tunggu tau...Janji dengan yana ok😉😉😉
No comments:
Post a Comment