24 July 2016

Resepi Min Kaffe Puding Castard Agar-Agar

Resepi ketiga menggunakan Min Kaffe. Pasti hidangan petang uolls mengagumkan ahli keluarga. Agar-agar puding perisa Min Kaffe. Sedap dan sihat ^___^

Bahan-bahan untuk Puding Agar-Agar:

35gm             Agar-agar
480gm           Gula kastor
187.5gm        Mentega (dicairkan)
5 biji               Kuning Telur
1.25 liter        Air
1 sudu kecil   Esen Vanila
2 sachet         Min Kaffe
3 sudu        **Tepung Kastard
3 sudu        **Air
(bahan ** dicampur bersama)

Bahan-bahan untuk Sos Kastard

Krim, 200 ml
Gula, 1 sudu
**Tepung Kastard, 2 sudu
**Air, 2 sudu
(bahan ** dicampur bersama)

Cara Penyediaan Puding Agar-Agar:

Masukkan kuning telur, esen vanilla dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan agar-agar dan gula. Masak sehingga larut.
Seterusnya, tambahkan 2 sachet Min Kaffe dan pukul sehingga larut.
Masukkan telur dan bahan ** ke dalam adunan perlahan-lahan dan reneh dengan api kecil. Teruskan memukul sehingga adunan kastard menjadi pekat.
Tuangkan adunan ke dalam bekas agar-agar dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.

Cara Penyediaan Sos Kastard:

Panaskan krim di dalam periuk dan masukkan gula. Masak sehingga larut. Kemudian masukkan bahan ** dan pukul sehingga sedikit pekat dan likat. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Cadangan Penyediaan:

Potong pudding agar-agar dan letakkan di atas piring. Tuangkan sos kastard di atas puding. Hiaskan dengan potongan buahan yang dikehendaki. Selamat Menikmati!

Dapatkan Min Kaffe uolls untuk pelengkap hidangan.

Wapps yana "min kaffe" ke 010-627 3397

Liyana
Coffee Lover

Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...