24 July 2016

Resepi Min Kaffe Tiramisu

Ni resepi kedua Tiramisu Min Kaffe. Bestkan selain minum Min Kaffe jugak boleh dibuat hidangan minum petang bersama-sama keluarga.

Jom teroka bahan-bahan dan cara membuat tiramisu yang marvelous nih.

⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇

TIRAMISU MIN KAFFE

Bahan-bahan

1 sachet Min Kaffe
1 cawan air panas mendidih
1 sudu teh perisa vanila
3 biji kuning telur (saiz besar)
¼ cawan gula kastor
250 gram keju Itali Mascarpone Cheese (keju krim yang lembut)
¼ cawan gula aising yang telah diayak
175 ml krim putar
18-20 batang biskut Italian Ladyfingers
Serbuk koko untuk diayak
Kepingan coklat untuk dihiris/diracik

Cara-cara

Bancuh Min Kaffe dengan air mendidih di dalam mangkuk rendah sehingga larut sepenuhnya. Biarkan sejuk.

Panaskan air di dalam kuali sehingga mendidih.

Pukul kuning telur dan gula kastor di dalam mangkuk yang diletakkan di atas air yang mendidih tadi (double boil). Ketepikan bancuhan telur ini.

Kemudian pukul krim putar, gula aising dan perisa vanila dengan menggunakan pengadun. Pukul bancuhan krim putar ini sehingga menjadi 'soft peak' (adunan mula memekat tetapi tidak terlalu kental).

Dalam mangkuk yang lain, campurkan keju Itali Mascarpone Cheese, bancuhan telur dan bancuhan krim putar. Kacau sehingga bancuhan keju ini menjadi sekata.

Celupkan biskut Italian Ladyfingers ke dalam bancuhan Min Kaffe dan susun di dalam dulang pembakar.

Tuangkan bancuhan keju sehingga menutupi semua biskut Italian Ladyfingers yang telah disusun.

Sejukkan di dalam peti ais selama kira-kira 4 jam sebelum dihidangkan.

Hiaskan dengan kepingan koko yang telah dihiris/diracik bersama-sama taburan serbuk koko.

Min Kaffe Tiramisu sedia untuk dinikmati.

Oh yer kalau uolls nak dapatkan Min Kaffe boleh wapps yana sebab sekarang Min Kaffe ade promosi beli 11 percuma 1 kotak.. dan ade jugak free tumbler Star Trek Beyond.

0106273397
0106173397
0106273397

www.liyanatahar.com

Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...