Hai semua.. Yana nak berkongsi resepi baru harini menggunakan Min Kaffe sebagai bahan utama.
Jom cuba buat dan rasai sendiri kesedapannya.
⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇
Panna Cotta Min Kaffe dengan Bepang Hazelnut
Bahan-bahan untuk Panna Cotta
2 sudu teh serbuk gelatin
60 ml air
935 'pouring cream' – krim putar rendah lemak
150 gram gular aising
1 sudu teh perisa vanila
2 sacet Min Kaffe
Bahan-bahan untuk Bepang Hazelnut
1 cawan gula kastor
¼ cawan air
60 gram kacang hazelnut dicincang
Bahan-bahan untuk Krim Putar
200 ml krim putar
1 sudu teh gula aising
Cara membuat Panna Cotta
a) Tuangkan gelatin ke dalam 60 ml air dan biarkan selama 5 minit.
b) Masukkan krim, gula aising, vanila dan Min Kaffe ke dalam kuali di atas api sederhana sambil
dikacau hingga larut.
c) Tuangkan larutan gelatin dan biarkan merenih dengan api kecil sehingga gelatin larut
sepenuhnya.
d) Kemudian tapiskan ke dalam jug.
e) Tuangkan larutan ke dalam gelas ataupun acuan
f) Sejukkan selama sekurang-kurangnya 6 jam ataupun semalaman
Cara membuat Bepang Hazelnut
Panaskan gula dan air di dalam kuali dengan api sederhana sehingga gula bertukar warna
Campurkan hazelnut cincang dan pusing-pusingkan kuali supaya hazelnut dan gula melekat rata dan sebati
Kemudian tuangkan ke kertas pembakar/penyerap
Biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Cara membuat krim putar
Putar krim dan gula aising dengan menggunakan pengadun elektrik. Mulakan dengan kelajuan rendah dan naikkan kelajuan secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap 'soft peak' iaitu krim baru sahaja mencapai tahap “melekap (just cling)” iaitu krim masih melekat pada pengadun apabila pengadun diangkat.
Masukkan krim yang telah diputar ke dalam beg piping dengan muncung berbintang
Cara hidangan
Picitkan krim ke atas panna cotta dan hiaskan dengan bepang hazelnut yang dicincang
Nak dapatkan Min Kaffe boleh wapps yana tau.. yana ada jual Min Kaffe untuk bahan Panna Cotta uolls..
Wapps yana "Min Kaffe" ke 0106273397
Selamat mencuba!
Liyana
Min Kaffe Lover
No comments:
Post a Comment