Ada apa dengan Seksyen 7 Shah Alam?

Hai semua...salam hujung minggu;)

Hujung minggu ni yana ada di KL. Ada event syarikat yang perlu dihadiri. AWARD SM/SSM bulan Ogos 2016. Best tau datang event besar macam ni.. selain bukti aktiviti bisnes sebenarnya ia lebih kepada bakar diri untuk cepat-cepat siap. Paling penting ambik aura CDC, CDM, DDM, DSM yang sentiasa menunjukkan bukti semua orang boleh berjaya. Masa award SM SSM nilah penentu siapa diri kita... pengorbanan yang kita buat tu untuk siapa.. niat dulu kerana Allah mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita selepas itu.

Eehhh dah terlebih cerita bab event pulak.. masuk topik balik.. hahhahaa.. uols tau tak apa yang ada di Seksyen 7 Shah Alam ni??? Kat mana Laman Seni Seksyen 7??

Yana duduk kt The Tree Boutique Hotel yang bangunan die betul-betul kat tengah Seksyen 7. Best tau kalau uolls ade wish list nak beli baju ke dress ke tudung ke.. haaaa sinilah tempatnya. Kebanyakkan butik online beroperasi disini.

Masa memula sampai tu mata yana terpana dengan semua deretan kedai yang ada.. boleh terjojol bijik mata ni tengok kedai..haahaha..nasib suami yana tak sempat azan kat tepi telinga. ^___^

Yana check in dulu dan rehatkan diri. Lepas isyak baru keluar cari makan dan jalan-jalan sekitar hotel.

Makan malam kat Wong Solo. Sebenarnya takdelah niat pun nak makan kat situ tapi Allah dah tetapkan rezeki yana merasa hidangan kat situ. Dan ada satu hidangan Emping Jagung yang menggamit kenangan yana masa kecik-kecik dulu.

Makan kat Wong Solo tu harga die boleh tahan jugak lah.. Yana dan suami order Nasi Goreng Biasa RM8.90, Nasi Goreng Ayam RM14.00, Air Nenas RM5.50 dan Air Semangka(Tembikai) RM5.50. Oklah masakannya sedap. Sampai masuk rancangan JJCM.

Kedai butik dan kedai makan kat sini banyak tau..sebahagiannya..

Hatta Dolmat
Sugar Scarft
Al Humaira
Ses Pesona
Bazaar @ 7
Dan banyakkk lagi yang tak tersebut.... hihi tak ingat tapi yana share picture yang yana ambik masa jalan-jalan semalam kay.

Next time boleh la stay kat hotel ni lagi.  Nak pegi I-City pun dekat jer.

No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...