Cuti-cuti Malaysia Part 1 : Johor Bharu

Assalamualaikum semua

Hari ni da 1 September 2016. Semalam yana bergerak dari Terengganu menuju ke Johor Bharu. Perjalanan yang ambik masa lebih kurang 8 jam melalui Bandar Pekan.

Best sebenarnya bawak anak-anak berjalan keliling Malaysia ni sebab boleh eratkan hubungan kekeluargaan.

31 Ogos 2016 (Merdeka Day)

Di Jay Bee yana stay 1 night dekat hotel Tropical Inn. Semalam cuma RM99 lepas gst 6% tu -___-. Tapi bestnya hotel ni sebab nak ke Danga Bay cuma 10 minit. Nak ke Aeon Mall dan Plaza Angsana pun dekat je purata 5 minit dari hotel.

Masa sampai di hotel masa tu dah pukul 8.30 malam. Jadi kami check in dulu untuk segarkan badan dan rehat sekejap sebelum keluar makan malam.

Makan malam yana dan family cuba di Restoran Singgah Selalu. Macam-macam hidangan ada. Yana pilih Nasi Goreng Singgah Selalu RM12, Nasi Goreng Ayam Sos Thai RM12, Pulut Durian RM6, Air Nenas dan Air Tea Ais 3 Layer. 1 hidangan je yana sempat ambik gambar yang lain dah kena makan dulu sebab lapar sangat.. Huhuhu

Lepas tu yana ke Dataran Danga Bay dekat dengan Istana. Sempat la ambik gambar Gerbang Mahkota dari dalam kereta jer (sebab Ajwad dah tidur). Auni dan abah die siap keluar jalan-jalan tengok air pancut warna warni.

Dah pukul 11 malam kami balik hotel rehatkan badan.

1 September 2016

Bangun pagi-pagi ambik live video ikut FB. Sambil tunggu anak-anak bangun tidur. Dalam pukul 10 pagi semua da bersiap nak pegi breakfast. Last-last ambik keputusan check out terus sebab nak pegi ke Plaza Angsana.

Alhamdulillah sempat jugak la datang ke tempat tersohor di JB ni. Kedai Hj. Wahid Mee Rebus. Lepas makan jalan-jalan dalam plaza beli souvenior untuk anak-anak.. t-shirt Hoody Johor ^___^.. dan tak terlepas dari beli shawl 2 helai untuk yana..hihi

Tepat jam 2 petang kami bergerak ke Melaka. So sambung JJCM ke Melaka pulak. Entry ni pun yana buat dalam kereta sambil pangku Ajwad tidur. Premium Beautiful confirm la pakai kalau tak mau sakit pinggang jalan jauh.

Yana ingat mentor selalu cakap "Jauh Perjalanan Rezeki Makin Luas". Sepanjang perjalanan dari Trg ke Johor ade jer yang wapps nak PB dan jadi agent. Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui.

Yana share gambar-gambar sepanjang di Johor ngan semua ok.

No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...