02 September 2016

Cuti-cuti Malaysia Part 2: Melaka Bandaraya Bersejarah

Selamat tengahari semua..

Sekarang yana dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Kali ni pergi ke KL sebab nak jumpe mentor dan ada kelas CDP pagi esok. Sambil-sambil bawak anak berjalan. Hari ke 2 percutian perjalanan dari Johor ke Melaka ambik masa dalam 2 jam setengah. Melalui lebuhraya kadar tol dalam RM23.10.

1 September 2016

Sepanjang bercuti yana memang da siap-siap booking hotel. Yang budget jer memandangkan perjalanan memalui 3 negeri. Di Melaka yana booking CK Hotel. Harga pun murah je RM59 semalam. Sampai di Melaka semalam aroud 4.30 ptg terus check in hotel dan rehatkan badan sekejap. Driver dah letih so bagi can la rehatkan diri dulu. Anak-anak duk tengok cerita sambil makan-makan. Tepat jam 6.00 petang yana dan family keluar cari makan.

Menu utama kalau dah sampai Melaka ni haruslah kene makan Asam Pedas. Memula tu survey da tempat-tempat suggestion tapi tak jadi pegi sebab anak-anak dah lapar sangat. So pegi je kat Dataran Pahlawan. Jumpa satu kedai ni nama JR Asam Pedas. Yana order Kupang Nipah Sambal RM12 sepinggan dengan Asam Pedas Ikan Tenggiri RM9 seketul. Muka hubby yana memang merah time makan tu sebab menahan hidangan yang pedas giler. Tapi sedap!

Lepas dah kenyangkan perut kami melintas ke Menara Taming Sari. Hubby yana ambik peluang naik Rider 3D caj bayaran RM5/4 minit. Katanya macam naik Roller coaster tapi bentuk 3D.

Dah lepas berjalan-jalan kat Dataran Pahlawan tu ingat nak ke Kedai Durian Ice Snow tapi tak jadi sebab anak-anak nak balik bilik. Sampai kat hotel tu sempat la jalan-jalan dulu sekitar hotel. 

Sepanjang berada di 2 hotel yang yana suka penanda arah kiblat alhamdulillah tersedia.

2 September 2016

Hari ke 3 percutian ni kul 11.30 pagi dah check out. Nak bergerak ke KL pulak. Sebelum tu singgah makan brunch di Aeon Melaka.

Perjalanan Melaka - KL ambik masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang 3 hari bercuti ni memang yana pastikan PB melekap di badan. Yerlah kan sebab berjalan jauh ni pinggang mudah effect. So pakai jer bengkung magic ni ^___^

Kat bawah ni yana ada share gambar hidangan yang yana 1 family makan.

Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...