04 September 2016

Cuti-cuti Malaysia Part 3 : Shah Alam

Salam semua...
Maaf yer blog reader coretan berkaitan CCM yang terakhir yana lambat sikit postingnya.

Hari terakhir memang banyak aktiviti sikit sebab bukan setakat bercuti jer tapi yana ada kelas bisnes yang perlu dihadiri. Sebelum cerita bab kelas yana nak cerita dulu la perjalanan dari Melaka ke Shah Alam.

2 September 2016

Masa tu yana ambik hiway..tak ingat nama hiway apa tapi keluar di Tol Batu 3. Kadar tol semasa hari tu RM18.40. Oklah sebab jarak perjalanan pun dalam 2 jam setengah jugak. Masuk jer tol suami da google maps cari Hotel Pegasus di IDCC. Ikutkan dah 3 kali yana stay kat hotel tu. Senang sebab ada breakfast dan dekat nak ke kelas. Kedai makan pun banyak kat belakang hotel. Haaa satu lagi nak ke Seksyen 24 pun tak jauh mana. Alaaa tempat yang famous dengan Cendol Durian tu. Semangkuk RM12. Sedap sampai teringat-ingat.. Hehehe... alhamdulillah sempat merasa jugak cendol tu dengan bestfriend yana zaman UNITEN..che khuzaimah..pengantin baru lagi..sempat la berjumpa hampir 3 jam dengan Che. Yer lah walaupun yana biasa ke Shah Alam tapi kami masing-masing bz dengan kerja. Bile peluang terbentang dan suami izinkan memang tak dilepaskan lah. ^___^ Tq B. Muaacchh.

3 September 2016

Lepas breakfast di hotel yana dan family terus check out sebab kelas bisnes bermula jam 10 pagi. Anak-anak memang suka sangat sebabdekat kelas memang ramai kawan-kawan. Bukan setakat yana dapat kawan baru suami dan anak-anak pun sama.

Di kelas topik-topik memang menarik. Dari perkongsian Maharaja PB Nuzul Ejoy dan Demo Bio-Ever Ujie Rozianah sampai lah ke Testimoni kejayaan Ckin Ali, Testimoni Free Trip Liyana Jamin, Testimoni 1000bv Aisah Meran. Ilmu-ilmu baru yang sangat berguna buat yana dalam bisnes.

Tak lupa juga yana dapat award 1000bv untuk Top Sales July 2016. Nanti yana share award tu yer. Cantik sangat. Thank you Kak Sal.

Lepas je kelas sempat PT dengan mentor kesayangan Yana.. alhamdulillah lebih clear apa yang nak dibuat sepanjang bulan September ni. Kali ni memang kene betul-betul WORK THE PLAN! Fokus yana fokus!

Tepat jam 4 petang yana dan family bergerak balik ke Kuala Terengganu. Perjalanan ambik masa lebih kurang 8 jam sebab suami bawak slow dan steady. Hujan lebat pun merencatkan juga perjalanan semalam. Dari Shah Alam ke Kuala Terengganu yana tak sempat kira kadar tol sebab banyak tol kami lalu..huhu.. rasanya lebih kurang rm40 jugak lah total tol semalam. Di pertengahan jalan singgah rumah kakak di Chendor u tuk rehat dan pickup Biskut Pelangi Auni. Tapi alhamdulillah selamat sampai rumah jam 12.15pagi.

Gambar-gambar yana sepanjang di Shah Alam makan Cendol Durian dan kelas memang banyak. Puas hati sangat.

Entry Terbaru Yana

Peluang menjadi AGENT TLC dengan modal RM80

Assalamualaikum.. Harini yana nak berkongsi rezeki dengan menawarkan you all (isteri, ibu dan anak dara) untuk menjadi age...