Assalamualaikum semua..
Lama tak cerita pasal kesihatan wanita. Tau tak uolls wanita ni terdedah dengan pelbagai penyakit secara senyap. Contohnya Cyst, Fibriod, Kanser Rahim, dan paling popular Kanser Payudara. Harini yana cuma nak berkongsi berkaitan Cyst.
APA ITU CYST?
Cyst ada pelbagai jenis dan boleh berlaku dimana2 bahagian tubuh manusia. Tapi yang selalu berlaku kepada wanita ialah Ovarian Cyst atau Sista Ovari. Ovarian Cyst juga terdapat dalam pelbagai jenis.
Entry kali ni yana nak ceritakan tentang Ovarian Cyst.
Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ia menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron. Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.
Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan. Dan apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.
Bagi wanita2 diluar sana, byk faktor yang menyebabkan terjadinya cyst. Faktor utama sudah tentu pemakanan. Dan cyst boleh mengganggu dan menjejaskan fungsi kewanitaan.
No comments:
Post a Comment