07 November 2016

Jenis-jenis Cyst

Assalamualaikum... hari ni yana nak berkongsi cerita berkaitan jenis-jenis ovarian cyst. Ya Allah bila yana baca rupanya terlalu banyak jenis cyst yang ada. Ingatkan selama ni satu jenis jer.

JENIS- JENIS OVARIAN CYST

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst, Yang paling biasa ditemui ialah functional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau lebih mudah sewaktu ovulasi. Functional Cyst terdapat dalam 2 jenis iaitu Follicle Cyst dan Luteal Cyst. dua jenis cyst ini mudah hilang dalam masa 1-3 bulan sahaja. Yana cuba jelaskan lebih terperinci dibawah yer...bersama2 jenis cyst yang lain.

FOLLICLE CYST

Cyst ini terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepas telur(ovum) tetapi terus membesar dan berkembang. Kebiasaannya cyst jenis ini akan hilang dalam masa 1-3 bulan kitaran.

LUTEAL CYST

Cyst jenis ini terjadi apabila selepas folikel membebaskan telur (ovum), tetapi bila ovum sudah dibebaskan kantung terus membesar. Kebanyakan cyst seperti ini akan hilang dalam beberapa minggu shj. Ia mampu membesar kadang-kadang melebihi 5cm. Cyst ini boleh pecah dan meyebabkan ovari berpusing (twisted ovary) dan sakit.

ENDOMETRIOMA ( CHOCOLATE CYST)

Cyst jenis ini terjadi kepada wanita yang mempuyai masalah endometriosis. Masalah ini terjadi ialah apabila tisu lapisan rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim. Cyst ini menyebabkan kesakitan terutama semasa hubungan intim dan semasa haid. Endometriosis adalah peyebab uatama kemandulan terhadap wanita.

CYSTADENOMA

Cyst jenis ini juga menyebabkan kesakitan. Cyst ini terbentuk daripada sel-sel dipermukaan luar ovari. Ia selalunya dipenuhi denga cecair kekuningan dan pekat. Cyst jenis juga mampu membesar.

DERMOID CYST

Cyst jenis ini  mengandungi pelbagai jenis tisu primitif  seperti bahan bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Cyst jenis ini juga mampu membesar.

POLYCYSTIC OVARI

PCOS, Cyst jenis ini pula disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda disebabkan berlakuya ketidaksimbangan hormon. Biasanya penghidap mempuyai kitaran haid yang tidak teratur.

Banyakkan jenis cyst ovari. Yana sediakan sekali gambar untuk gambaran semua. Yana sendiri tak berani nak tengok lelama.

Yana pakai Premium Beautiful untuk halang cyst dari membesar. Kebiasaannya cyst bersaiz 3cm ia akan mengecil dengan sendiri.

Entry Terbaru Yana

Peluang menjadi AGENT TLC dengan modal RM80

Assalamualaikum.. Harini yana nak berkongsi rezeki dengan menawarkan you all (isteri, ibu dan anak dara) untuk menjadi age...