28 December 2016

BeYOUtiful Awesomeness Night 2016

Selamat pagi semua..

Dah hampir 3 hari event BeYOutiful Awesomeness Night berakhir tapi yana still tak boleh nak move on lagi. Banyak lagi gambar-gambar yang nak diupdate dan dikongsi sengan semua. You all perasan tak setiap kali event SHOM yang yana pegi jer mesti wall FB yana penuh warna warni sepanjang minggu. Hihihi... sebab terlalu banyak gambar yang diambil sampai tak tau yang mana dah paling cantik..semua yana tengok menangkap jiwa. Beruntung ada group support macam Top Leaders Circle dalam bisnes everything disediakan sampai boleh hired photographer professional.


You all jangan la kecam yana bila tengok yana bergambar sakan kat event tu.. bukan apa peluang pergi event tu bukan hari-hari tau. Dalam setahun ada 3-4 je event yang besar dan mengujakan disediakan SHOM selebihnya kelas dan aktiviti dengan CDPbyTLC.


Event BeYOUtiful Awesomeness ni SHOM ada jemput VVIP untuk meriahkan majlis antaranya Datuk Jimmy Choo (one of Board of Director SHOM), pereka fesyen terkenal Malaysia Rizman Ruzaini (pasangan duo ni memang buat yana rasa nak ketawa sebab dulu yana ingatkan RR ni sorang jer rupanya RR ni pemilik 2 nama 2 jiwa..SHOM buat kejutan dengan mengeluarkan produk kolaborasi dengan RR..terbaik SHOM!), artis jemputan kali ni ahkak Ziana Zain you all. 



Sepanjang event BeYOutiful Awesomeness tu macam-macam pengalaman dapat.  Real testimoni dari 20 peserta akhir ShakeMe 30 Days Challenges dan 3 bulan make over yang mana setiap seorang hilang 10-20kg hanya dengan mengamalkan pemakanan secara sihat san teratur, Live Voting Testimonial Premium Beautiful (dimenangi oleh Ain Afiqah salah seorang adik beradik Top Leaders Circle) dan macam-macam lagi yang ada.



Pentas Premium Beautiful TLC yang punya!!!
Congrats Top Leaders Circle!
Congrats wakil TLC yang berjaya di Live Voting Contest!

Bukti yang kami adalah PB Expert yang bukan saja pakai, tapi menjiwai sepenuhnya pemakaian corset No. 1 ni...



Ramainya pengguna Premium Beautiful Corset..!!
Dari hanya sebagai pengguna kini kami melahirkan ramai PB Expert di serata dunia.
Semua ni makin confident sarung PB bila kak Ziana Zain sendiri secara LIVE share tips macam mana beliau boleh maintain body lawa walau dah 4 series with 4 kids.
INGAT PB, INGAT TLC!
We are NO. 1 CERTIFIED Premium Beautiful Expert in Malaysia, Singapore, Brunei and Indonesia.

Rizman Ruzaini buat  Runaway Red Carpet Fashion Showcase dengan menggayakan koleksi-koleksi baju yang pernah dipakai oleh jelitawan Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Erra Fazira.



Dan ahkak Ziana Zain ada share rahsia macam mana die boleh kekal awet muda dan body shape macam anak dara even dah beranak 4 dan umur hampir mencecah 50. Memang sesuai dengan kata-kata Ziana Zain "Dari Awal Dari Mula".
Tips nak maintainkan badan macam Ziana Zain sebenarnya die mula pakai girdle sejak berumur 14 tahun. Lepas bekerja die pakai full bodysuit sampai sekarang walau tak dapat body macam anak dara dulu tapi adalah jugak shapenya. Tak percaya? Nanti you all tengok gambar close up Ziana Zain. Memang cantik giler body cutting die tau!



Inilah pasangan Duo yang mereka design baju Ziana Zain. Dress masa event Sabtu lepas pun dari hasil sentuhan RR. Cantik giler bajunya. Harga?? Mau mencecah ribuan ringgit.



Saje je letak picture ni untuk bakar semangat sendiri. Kan Ziana pakai korset full bodysuit selama 26 tahun sebab tu bodynya maintain kerengga even anak dah 4 orang.
Gambar sebelum yana tu masa tahun 2015 pegi kenduri jiran, ingat lagi time tu baju yana ketat dipinggang. Kononnya pakai PB jadi makin ketat baju padahal lepas daripada tu yana tak pakai langsung baju tu. Jumaat lepas yana buat keputusan nak pakai balik dan yang bestnya kat area pinggang dah longgar. Mana pergi semua lemak di pinggang yana? 



Yana sempat juga bergambar dengan Datuk Jimmy Choo. Bukan senang tau nak jumpa dengan Datuk JC nak pulak tu ajak selfie. Tapi dengan TLC dan SHOM semuanya tak mustahil.


Memula ambik aura dulu.. 

Finally, dapat jugak bergambar dengan Datuk Jimmy Choo. Datuk macam da pelik da kenapa sampai ramai yang nak bergambar dengan die tapi merelakan jer..haha nasib la Datuk you were the imprtant person that night.


 Ootd ditengah-tengah runaway red carpet dengan gaya kibasan dress... lama sangat da nak buat macam ni..thanks to mr photographer ikhwan malik.

Happy person in big event ;)


"Kami tak menyokong kami juga tak menghalang"
Cara abam-abam duduk menghalang tangga merupakan satu simbolik dalam dunia TLC. Tak ramai suami yang menyokong isteri masing-masing masa memula start berniaga. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui melalui suami, family, kawan-kawan, orang sekeliling dan paling penting diri sendiri. Tapi semuanya berubah bila satu persatu anak tangga berjaya yana daki. Yana masih lagi dalam proses belajar kini dan selamanya.
Tq abang kerana menjadi simbolik dalam perjalanan bisnes sayang.


Tulang belakang yana sepanjang 3 tahun berbisnes. Sentiasa ada bersama susah senang sentiasa memberikan cabaran yang tak terjangkau dek akal. 





Peluang berOOTD tak dilepaskan. Gunakan sebaik mungkin photographer yang ada.haha..


Be my side. 
Be my back bone. 
Be my forever love.


Manisha Koirola Malaysia. 
Sepatutnya Mia tak datang tapi disebabkan event yang gilang gemilang Mia luangkan masa. Yana sempat la bergambar dengan Mia. Bergambar dengan artis you all. Bestkan.. cantik Mia bersaree pink.
Ehh tu bukan heroin #7HariMencintaiMu lah.. tu Master Trainers TLC CDM Salleha Roslan ^___^


Nak bergambar romantik hanya di event. Masa yang yana hargai bersama suami. Kenangan manis yang boleh disimpan dan dikenang.


Yana dikelilingi oleh wanita hebat. Dua-dua masih bekerja dan buat bisnes secara part time tapi masih ada masa untuk family. 


Dalam dewan pun still boleh bergambar.


I love you all..


Tq Saf untuk tunjuk ajar dan peluang yang diberikan.


Kakak kesayangan yana.. protege yana dalam TLC. Salah satu rezeki mudah bila bantu ahli keluarga sendiri.

Sebenarnya banyak lagi gambar sampai rasa tak terpilih mana satu nak dikongsi. Nikmati kemanisan berbisnes bersama kumpulan sangat dihargai. Dalam bisnes yana jumpa kawan-kawan positif. Yana boleh apply dalam kehidupan keluarga dan kawan disisi.

Oklah you all thank you tau sudi scroll baca sampai habis. You all memang totally awesome!

Loves,
Liyana Tahar.




Entry Terbaru Yana

Event SM/SSM Ogos 2017

Salam semua... Selepas beberapa hari event berlalu baru arini berkesempatan update blog. Award kali ni ada 2 orang rakan kongsi yan...