Hai semua... tengahari dahhh...
Harini yana nak share cara-cara menjaga Premium Beautiful dengan betul.
Sebahagian pengguna Premium Beautiful kadang-kadang terlupa cara basuhan dan sidaian Premium Beautiful. So...dengan perkongsian Yana kali ni hopefully membantu serba sedikit ok;)
You all mesti familiar dengan Premium Beautiful kan. So semestinya dengan belian 1 set PB you all akan mempunyai pencuci khas iaitu PB NATURAL WASH.
Apa itu PB Wash?
Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.
Apakah keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash?
Ia merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dankaya dengan vitamin.
Adakah Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk semua jenis pakaian?
Ya. Ia sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif.
Apakah bau Premium Beautiful Natural Wash?
Bau haruman bunga-bungaan.
Apakah cara cucian yang betul untuk mencuci Premium Beautiful Foundation Lingerie dengan menggunakan Natural Wash?
> Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
> Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama 15 minit.
> Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih. (Jangan perah dengan tangan).
> Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.
> Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila ia kering.
RINGKASAN CUCIAN PB
Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Suhu air di antara 30°C - 40°C. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
Bilas:
- Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih.
- Jangan menggunakan bahan peluntur yang mengandungi klorida.
- Tidak boleh diperah dengan tangan.
Cuci:
- Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor.
- Kemudian bersihkan selama 15 minit.
Perahan:
- Jangan perah pakaian dalam anda sebaliknya gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut.
- Kemudian, kemaskan bentuk pakaian dalam tersebut kepada bentuk asal.
- Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Hindarkannya dari pancaran matahari.
- Pakaian dalam tidak boleh diseterika.
- Simpan dengan kemas apabila ia kering.
Ok... dah paham cara cuci dan jemur PB? Hopefully membantu semua yer..
Yana sendiri suka cuci PB dengan gantung di hanger sampai air basuhan kering dalam bilik air lepas tu letak bawah kipas untuk keringkan.
Pernah satu hari tu yana rendam PB waktu pagi.. cuci lepas 2 jam rendam..keringkan bawah angin.. dan siap untuk dipakai jam 1 tengahari. Minimum PB kering biasanya dalam masa 3 jam. PB memang mudah dijaga dan dicuci. So pilihan pakai Yana untuk pakai Premium Beautiful memang sangat tepat.
LIYANA
010-6273397
Loves,
Liyana
No comments:
Post a Comment