Assalamualaikum semua..
Arini dah hari kelima cuti sekolah... ada program or aktiviti ape? Bawak anak-anak bercuti ke hantar anak-anak ke kem motivasi? Tak kisah la ek aktiviti ape yang you all sediakan untuk anak-anak waktu cuti sekolah ni semestinya yang terbaik untuk mereka semua kan..
Macam yana ni tahun pertama yana bawak anak-anak bercuti sambil beriadah...kenapa? Sebab anak-anak yana dah besar dan paham keadaan sekeliling. Auni 6 tahun dan Ajwad 2 tahun 5 bulan. Yana cuma bawak diaorang pergi Muzium Negeri Terengganu. Yana sendiri pun lama dah tak jejakkan kaki kat sini since kenduri kahwin ex-opismate dulu.
Memula nak cerita bab fee dulu.. nak masuk dalam Muzium ni ada bayarannya tau tapi takde lah mahal. Murah dan berbaloi.
Dewasa RM5 per entry
Kanak-kanak RM2 per entry
Kanak-kanak RM2 per entry
Murah kan?? You all boleh jalan-jalan sampai kematu kaki... hahahhaha... nak bergambar pun boleh. Tempat dan port yang cantik pun ada sebab seni bina Muzium Negeri ni diukir mengikut ukiran zaman dulu kala. Cantik dan banyak nilai bersejarah.
Selain jalan-jalan dalam Muzium tu you all boleh jugak tengok rumah-rumah lama di sekitar Muzium. Tengok dan teliti sejarah dan seni bina rumah zaman dulu. Aktiviti yana dan anak-anak tadi termasuk bagi ikan makan. Makanan ikan tu ada dijual kat pondok pengawal. Satu bekas makanan ikan RM2. Alaaaa saja nak bagi anak-anak teruja.. lagipun memang ikan banyak giler tau.. ikan kelisa, kap, tutun pun ade.
Yana ade buat live FB masa kat Muzium tadi tapi tak berapa nak menjadi sebab line sangatlah lemah. SADIS!
Ok lah you all... yana nak share sikit gambar yang yana sempat snap dengan bantuan adik yana yang tengah praktikal kat situ. Adik yana jugaklah yang jadi tour guide kitaorang sepanjang dalam Muzium. Melayan kerenah anak-anak yana dan tukang ambik gambar untuk diabadikan sebagai kenangan. 😆😆😆
Yang tudung mustard depan sekali tu adik yana..die praktikal kat Muzium. Tour guide yana sepanjang 2 jam kat sini.
Gambar kenangan untuk anak-anak. Bila besar ada cerita nak diungkapkan.
Ajwad ralik tengok koleksi keris zaman dulu.
Alhamdulillah yana dapat peluang memayungi Sultan dan Sultanah Terengganu walau hanya dalam lukisan..hihihi
Yana perkenalkan alat tenunan pada anak-anak. Kononnya try menenun la.
Auni, Ajwad dan Dede.. suka sangat lah dede teman berjalan-jalan dalam Muzium
Auni seorang angkasawan.
Happy sangat anak-anak bila dapat bagi ikan makan. 1 bekas makanan ikan ni cuma RM2 je.
Tengok gambar balik macam yana je yang excited pegi Muzium. Anak-anak suka time bagi ikan makan. Selebihnya banyak tanya ini apa itu apa.. muziumkan tempat belajar.
Ibu bapa yang nak bercuti di Terengganu boleh la selit sekali dalam jadual datang ke Muzium. Time cuti lagi banyak pameran ada. Yana tak habis jelajah sebab anak-anak dah letih.
Berbaloi lah datang untuk rapatkan hubungan keluarga. Banyak sesi soal jawab yang boleh dikendalikan.
Loves,
Liyana
#BondingTime
#MomOfTwo

Habis da lawatan Muzium..cabaran jugak bawak anak-anak sendiri ni. Macam-macam ragam ada..huhu
Happy moment diorang kat sana. Ni area Galeri Petroleum. Sempatlah melompat gembira.
Auni, Ajwad dan Dede.. suka sangat lah dede teman berjalan-jalan dalam Muzium
Auni seorang angkasawan.
Happy sangat anak-anak bila dapat bagi ikan makan. 1 bekas makanan ikan ni cuma RM2 je.
Suka gambar ni. Ada efek cahaya matahari. No edit no filter.
Letih dah lepas tawaf Muzium. Yana keluar jer ramai lagi yang masuk.
Tengok gambar balik macam yana je yang excited pegi Muzium. Anak-anak suka time bagi ikan makan. Selebihnya banyak tanya ini apa itu apa.. muziumkan tempat belajar.
Ibu bapa yang nak bercuti di Terengganu boleh la selit sekali dalam jadual datang ke Muzium. Time cuti lagi banyak pameran ada. Yana tak habis jelajah sebab anak-anak dah letih.
Berbaloi lah datang untuk rapatkan hubungan keluarga. Banyak sesi soal jawab yang boleh dikendalikan.
Loves,
Liyana
#BondingTime
#MomOfTwo
No comments:
Post a Comment