Salam 1 Ramadahan 1438H semua. Hari ni baru berkesempatan nak share pasal seminar TLC aritu.
Banyak input dan ilmu yang yana dapat dari speaker CDM Al-Faath dari kesedaran menyucikan kolam jiwa sampai lah cara nak tarik rezeki dan waktu-waktu yang alpha untuk berdoa.
Yana share gambar-gambar sewaktu di seminar untuk tatapan blog readers yana. Banyak sesi air mata.. lontaran suara semangat..abaikan BIAWAK disekeliling dan yang membahayakan BIAWAK dalam diri.
Positifkan diri dalam apa jua tindakan dan pikiran serta percakapan sebab
APA YANG KITA KATA
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA PIKIR
APA YANG KITA BUAT
SEMUA ITU ADALAH DOA
Nak tune mindset bukan mudah tapi MINDSET BOLEH DIUBAH.
Kelas da habis. Time balik baru berpeluang bergambar dengan Cdm Salleha. CDM anak 3 tapi body macam anak dara. Tergugat weiii!
Kak Ain dengan Kak Sal. Berbangga sangat sebab sekarang yana ada rakan kongsi yang bersama-sama ke Seminar TLC atau ke kelaa bulanan.
Kak Nour dan Kak Sal. Kak Nour surirumah tapi semangat nak belajar perkara baru sangat yana terharu. Tak pernah cakap TAK selalu je bertanya untuk pape yang tak tahu. Bagus untuk seorang pelajar.
Hero yana dan Kak Sal. Mereka berdua ni tulang belakang kami. Kemana-mana jer yana pergi suami yana akan bawa dan tolong jagakan anak-anak. Next seminar Yana nak suami join sekali. Yana tau suami yana pun teringin nak dengar apa yang yana belajar selama ni.
Sebelum ke seminar..kami breakfast dulu.
Aktiviti dalam seminar. Menusuk kalbu.
Bayangkan halangan yang ada didepan kami berjaya kami harungi dan bayangan kejayaan dapat kami gapai.
Poster yang dihasilkan CDM Al-Faath memang tak pernah mengecewakan.
Salah satu sesi dalam seminar "20 perkara yang saya nak buat sebelum meninggalkan dunia ni". Nak tau rahsia yana? Kene tanya pada yang mendengar dan bertukar rahsia. Thank you kak Aniez.
Cantikkan warma tema kami. Merah cili + Putih suci.
Team mates yana dengan CDM Salleha Roslan dan BCDM Safriza Azwani
Get ready nak masuk kedudukan boria.. ehhh silap.. nak bergambar kumpulan la..hihihi
KAMI PASTI BOLEH!
Nampak yana tak? Time ni takde sebab bawak Auni pegi toilet. Hihihi...bersyukur anak-anak memahami kerja mama.
Semua peserta seminar yang bertuah.
KAMI TOP LEADERS CIRCLE!
Loves,
LiyanaTahar
PB Expert Malaysia
No comments:
Post a Comment