27 July 2017

Nak tahu tak kenapa rakyat malaysia dah mula berniaga?

3 sebab kenapa ramai orang mula berniaga sekarang ni. 3 sebab ini jugak la kenapa yana berniaga dulu.

1/ Nak bayar hutang belajar.

Ramai orang masa belajar buat pinjaman PTPTN dari dulu sampai sekarang. Macam yana masa U dulu yana buat pinjaman biasiswa dengan Yayasan Tenaga Nasional.

Seingat yana dulu yana sain kontrak pinjaman rm90,000 untuk belajar termasuk duit poket sepanjang 4 tahun belajar. Bila dah final year dapat result ada la waived sikit. So yana kene bayar dalam Rm35000 selama 10 tahun. Memula dulu yana sempat bayar rm100 sebulan ikut kontrak time bujang sempat la kan. 2 tahun jer bayar pastu kelaut dah sebab setiap 2 tahun amaun bayaran naik setiap rm100. Yana stop bayar cash and tolak kwsp jer itupun lepas berapa bulan tertunggak. Masa tu kira selesa sebab takde caj pape bila lewat bayar. Keadaan yana tak sama macam pinjaman PTPTN mesti ramai yang kene blacklist sebab tak bayar dan ada caj pentadbiran. Orang PTPTN siap tak boleh keluar negara paling teruk hutang makin meningkat. Betul ke betul? Bayar bertahun sama macam tak bayar jer pasal interest tak abis-abis bayar.

Bila dah berniaga dengan TLC sejak 4 tahun lepas yana dah boleh bayar balik pinjaman YTN yana dan sekarang tinggal sikit jer lagi untuk buat settlement. Tak sabar nak keluar dari cengkaman hutang belajar.  Dah 10 tahun abis belajar hutang tak abis bayar. Sangat tak ok!

2/ Nak buat saving.

Sepanjang 8 tahun bekerja yana memang berniat nak buat saving rm200 setiap bulan.

Memang ada simpan pun tapi akhir bulan yana akan korek balik sebab tak cukup untuk buat belanja sebelum gaji masuk. Kadang terpaksa berhutang makan dengan tuan kedai sementara tunggu gaji. Malu tapi buat baik dengan tuan kedai boleh la cover muka malu tu sikit. Bila dah kawen ada anak lagilah tak sempat menyimpan. Semua pikir hal anak jer. Duit saving pun makin tak sempat simpan masa tu mana nak cover duit minyak, makan, belanja dapur, belanja anak dengan emergency pape.

Masa yana mula bisnes dengan TLC yana boleh la buat belanja sampai gaji. So takde da nak berhutang makan dan kadang boleh belanja kawan-kawan makan pagi. Yana dah boleh bernafas lega da even tak dapat saving besar lagi atleast lepas untuk belanja susu pampers anak-anak. Boleh cover duit gaji sampai hujung bulan.

3/ Nak bayar hutang.

Semua orang ada buat loan kan? Termasuk yana lah..huhuhu..

Ingat dulu masa galak nak kawen tapi takde saving jalan mudah buat loan kawen. Rm10000 jer tapi sampai anak 2 pun masih tak abis bayar lagi. Makin bertambah lagi ada sebab duk asyik overlaps jer. Tambah loan kereta lagi belum masuk kira upgrade kete bila ada anak. Masa tu tak pikir cerdik lagi. Yana sendiri ada personal loan 3, loan kereta 2, hutang beli gadjet lagi..time buat hutang tak pikir pun tapi bile masuk gaji hampir 90% habis bayar hutang jer. So mana yang yana nak saving, bayar insuran medic anak2, makan pakai bulanan, makan minum harian, parking minyak kereta, duit mak ayah, sewa rumah, pengasuh anak, sekolah anak. Masa ni memang sakit kepala pikir nak survive even yana di terengganu jer. Memang ade je yang tak berbayar.

Tapi...Bila dah jumpa bisnes dengan TLC alhamdulillah yana dah boleh tutup 1 loan peribadi 1 loan kereta, dah boleh beli rumah sendiri, dah boleh bagi duit belanja kat mak abah, dah boleh belanja anak2 tanpa berkira, dah pernah merasa bercuti free ke luar negara. Huntung sangat. Nak saving nak bayar hutang pun TLC ajar caranya. Memang bertuah sangat. Kalau tak memang asyik buka tutup lubang jer lah. Sampai bila!

Kerana 3 sebab ni yana bersyukur sangat yana dah ada income bisnes yang tak pernah yana impikan. Bulan lepas dapat cash rm10k hanya dengan jual baju dalam jer. Yana takkan cari bisnes lain dah. Memang dah betul track bisnes yana dengan ada mentor, ilmu free, travel free, slip gaji laku, bonus setiap bulan.

Ni pun salah satu income usahawan TLC bulan lepas. Yana dah dapat dan yana suka sangat bila ada orang lain dapat apa yang yana dapat. Takde istilah macam dalam company dulu. Sekarang yana lebih happy. Anak-anak depan mata impian setiap mak yana dah capai hanya dengan berniaga.

You all ade masalah yang sama macam yana? Kalau jawapannya YA sebaiknya you all mula berniaga. Tak kisah lah berniaga apa pun tapi pada Yana berniaga dengan TLC sangat memudahkan perjalanan yana sebab ada mentor yang guide dan produk yang dikenali ramai.

You all nak yana bantu you all mula berniaga boleh contact yana or wasap ke 010-6273397.

Loves,
Liyana Tahar
PB Expert Kuala Terengganu

Entry Terbaru Yana

Mitos pasal korset Premium Beautiful

Pernah tak buat keputusan tanpa ambil kira pengalaman sendiri? Alaaa orang putih cakap "dont judge a book by its cover"...