IMKK Borneo Ogos 2017

Salam semua..

Maaf yang ternanti-nanti entry terbaru yana. Awal bulan baru ni yana pegi Seminar IMKK di Borneo. Mula dari 2hb ke KL sampailah 7hb balik Terengganu.

Sempat bergambar dulu sebelum naik erl ke KLIA2. ni partner in crime dalam menuntut ilmu ke Sabah.



Perjalanan yana ke Borneo bermula 3hb petang sebab seminar start 4hb pagi. Ambik flight AirAsia ke KK jam 3.50pm sampai jam 6.30pm. Boleh tahan dengan jammednya nak sampai sana ke One Borneo dalam 8.15pm jugak baru dapat daftar. Legaa...

Ni muka selepas sampai di Sabah...huhuhu...muka letih. Time ni yana berdua bawak baby dalam perut usia 5 minggu. Masa nak pergi IMKK ni yana minta doa dengan Allah moga Allah jaga kandungan yana.



Malam tu pegi makan seafood kat umah makcik kak ujie (nama tempat tak ingat..huhu) tapi die punya lokan bakar memang the best ok.


Tu diaaa....
Lokan bakar fresh dari Sabah. First time makan lokan bakar dengan sambal tu..
Sedap merecik weehhh..

First day ke IMKK Sabah. Nak masuk kene beratur tunggu depan pintu. Ramai peserta kali ni hampir 2000 orang. Yana ambil pakej Diamond. Muka-muka tak sabar nak menuntut ilmu dari DAO...hehehe


Sempat berOOTD dulu sebelum masuk dewan. Once da masuk dah tak boleh bergambar bagai. Itu salah satu rules DAO dalam IMKK. Ikut jerlah bukan susah pun. DISIPLIN namanya.


Ni wefie hari kedua. Teman serumah sepanjang 3 hari di Borneo.





Bersama sifu TLC last day seminar. Time ni dah habis seminar dah.
simbol kami semua dah SWITCH!!


Seminar IMKK bermula 4hb hingga 6hb full jadual dari pagi sampai malam. Balik dari IMKK aritu bersambung dengan event Award Sm/Ssm di IDCC,Shah Alam. Badan tak sempat rehat sangat balik dari Sabah sebab settlekan hal rakan kongsi dari Kemaman. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Pengalaman sepanjang IMKK memang best. Seminarnya lain dari yang lain. 
Seminar yang banyak menyentuh cara mencuci kolam jiwa. 
Kadang-kadang kita tak sedar kita ada ego sendiri. Tapi dalam seminar ni DAO menjentik sampai ke dasar hati. 
DAO selitkan sekali doa untuk semua anak-anak muridnya dalam sesi SUBMIT. Terkesan dan Berkesan. Thank DAO!

Tak sabar nak nantikan IMKK Shah Alam bulan Oktober nanti. Semua yang nak cari tempat timba ilmu boleh mulakan dengan hadirkan diri di IMKK. Dengar cerita kemungkinan IMKK SA ni yang terakhir DAO nak buat. Lepas ni takde dah... huhuhuhuu....SEDIH.

Loves,
Liyana Tahar

I learn how to SWITCH my self.


No comments:

Post a Comment

Entry Terbaru

360 Theravest Kecilkan Lengan Dengan Mudah

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin Macam mana Hari Raya tahun ni? Kalut² raya kate netizen..huhu betul jugakkan macam yana pun kalut...