29 September 2017

7 PERKARA WANITA MESTI TAHU TENTANG DARAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH & NIFAS

Assalamualaikum..

Yana share artikel dari Nazurah Hassan untuk pemahaman bersama. Yana sendiri mengalami situasi yang tak pasti adakah darah yang keluar tu darah haid atau istihadah.

Jadi yana buat keputusan google untuk dapatkan maklumat. Selain dari tu yana memang dah bertanya pada doktor. Sebab sebelum ni yana keguguran so kitaran yana jadi tak normal. Pernah keluar darah setompok untuk sehari jer. Sekang keluar lagi dah 4 hari dan yana si pulkan yana istihadah. Sebab darah tu tak berbau hanyir, warna merah segar. 

Doktor ade scan rahim masa hari kedua keluar darah katanya dinding rahim yana nipis maksudnya bukan waktu haid. So yana solat macam biasa.

Untuk lebih paham jom baca sikit perkongsian ilmu dari Nazurah berkaitan 7 perkara wanita mesti tahu tentang darah haid, istihadah, wiladah dan nifas.
.
.
.
.
.
“Eh, kenapa awal sangat dah period balik? Ataupun ini cuma darah penyakit? Apa perbezaan darah haid dan darah lain ya?”

Sebagai seorang wanita, secara normalnya akan mengalami beberapa keadaan yang melibatkan keluarnya darah dari bahagian faraj. Namun begitu, ada 4 kategori darah yang perlu diketahui kerana terdapat perbezaan dari segi hukumnya.


7 PERKARA WANITA MESTI TAHU TENTANG DARAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH & NIFAS

Berikut adalah beberapa persoalan yang sering dikaitkan dengan perbezaan darah haid, istihadah (darah penyakit), wiladah, dan nifas.

1. SIFAT DARAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH, DAN NIFAS
Berikut adalah sifat-sifat utama bagi mengenalpasti 4 jenis darah ini:

Darah Haid – Darah yang keluar mengikut kitaran setiap bulan. Dari segi rupa, darah haid berwarna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir.

Darah Istihadah – Darah yang keluar dari seorang wanita di luar kebiasaan dan tidak tetap waktunya. Biasanya darah ini berwarna cerah atau merah segar, cair dan tidak berbau.

Darah Wiladah – Darah yang keluar sewaktu bersalin. Jika berlaku kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi. Begitu juga kelahiran melalui pembedahan Caesarean.

Darah Nifas – Darah yang keluar selepas bersalin, iaitu sebaik sahaja rahim dikosongkan.


Perbezaan warna darah istihadah (spotting) dan darah haid (period). 
Foto Kredit: peeonastickfreak.com


2. TEMPOH NORMAL & MAKSIMUM

Darah Haid – Minimum 1 hari (24 jam), biasanya 7 hari, dan maksimum 15 hari.

Darah Istihadah – Tiada tempoh yang minimum atau maksimum. Semua darah yang keluar di luar waktu kebiasaan haid atau bukan kerana melahirkan anak adalah dikira istihadah.

Darah Wiladah – Sepanjang proses bersalin.

Darah Nifas – Bermula sebaik saja rahim dikosongkan, biasanya 40 hari, dan maksimum 60 hari.

Foto Kredit: nymag.com


3. KATEGORI HADAS BESAR DAN KECIL

Pertamanya, penting untuk seseorang mengetahui bahawa 3 jenis darah iaitu 

Darah haid, Wiladah, dan Nifas adalah tergolong dalam hadas besar. Ini bermaksud, ia perlu disucikan melalui mandi wajib.

Sementara itu, darah istihadah atau darah penyakit tergolong dalam hadas kecil. Dalam keadaan ini, seseorang wanita masih wajib solat dan berpuasa di bulan Ramadhan. Mereka hanya perlu membersihkan darah tersebut dan memperbaharui wuduk bagi setiap kali solat fardu.

Foto Kredit: patdolanplumbing.com


4. LARANGAN KETIKA HAID & NIFAS

Larangannya ketika haid adalah sama seperti ketika nifas, iaitu tidak boleh solat, sujud tilawah, sujud syukur, bertawaf, berpuasa, iktikaf di masjid, membaca al-Quran dan bersetubuh.

Manakala ketika istihadah, wanita boleh melakukan perkara yang sama seperti wanita yang suci..Oleh kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid dan nifas (iaitu tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).


5. CONTOH DARAH ISTIHADAH YANG SERING BERLAKU

Mungkin agak mudah bagi kita mengenalpasti darah haid, wiladah dan nifas. Namun, selalu berlakunya kekeliruan apabila timbul isu darah penyakit, iaitu istihadah.

Berikut adalah contoh kes istihadah yang sering berlaku.

i) Palitan darah (the show) ketika hampir bersalin. Jika tidak mampu, dibolehkan solat secara duduk atau berbaring. Dan jika ditinggalkan, seseorang perlu menggantikan solat (qadha’) kerana keluar ‘tanda’ atau darah dari faraj belum dianggap sebagai nifas.

ii) Darah ketika mengambil ubat perancang (yang berlaku di luar waktu haid normal)

iii) Darah yang keluar akibat melakukan kerja berat, stres, atau penyakit lain.

iv) Darah yang keluar ketika sedang hamil (bukan kerana keguguran).
perbezaan darah haid


6. MENGGABUNGKAN MANDI NIFAS & WILADAH

Apabila seseorang wanita itu bersalin dan bernifas, memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas. Ini bermaksud, tidak perlu mandi dua kali; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas, seperti yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan,
Semasa berniat, niatkan dengan “Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan mandi hadas atau seumpama dengannya”.


7. DARAH HAID SETELAH NIFAS

Ada sesetengah kes di mana seseorang wanita keliru kerana darah nifas telah berhenti selepas beberapa minggu melahirkan. Namun, dalam tempoh 60 hari, keluar darah kembali. Adakah darah ini dikira darah nifas atau haid?

Al-Kafi #608 di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti ada mengupas tentang hal ini. Menurut penjelasan tersebut, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari berdasarkan mazhab Syafie. Jika berlaku suatu keadaan apabila darah nifas berhenti dan naqa’ (bersih tanpa darah) selama 15 hari, kemudian datang kembali tetapi tempohnya masih tidak melebihi 60 hari.

Dalam situasi ini, darah kedua tersebut tidak boleh dikira darah nifas sebaliknya adalah darah haid kerana terdapat selang selama 15 hari suci. Apabila darah yang kedua itu melebihi 15 hari tetapi masih belum melepasi kadar maksimum nifas iaitu 60 hari, maka ia dikira sebagai darah istihadah.


SEMOGA LEBIH FAHAM

Semoga kekeliruan tentang jenis darah ini dapat difahami dengan jelas kerana ia bakal mempengaruhi ibadah kita dan juga kesihatan tubuh badan kita.

Oleh itu, jika masih terdapat kekeliruan, ajukanlah soalan kepada yang pakar kesihatan mahupun pakar agama untuk mendapat kepastian



Loves to share ^___^

Liyana Tahar

Entry Terbaru Yana

Peluang menjadi AGENT TLC dengan modal RM80

Assalamualaikum.. Harini yana nak berkongsi rezeki dengan menawarkan you all (isteri, ibu dan anak dara) untuk menjadi age...