Sarcoma adalah kanser yang berlaku pada tisu lembut seperti otot, saraf, lemak, saluran darah, tendon dan cecair dari sendi (synovium).
Kanser ini jarang berlaku tetapi sangat berbahaya dan jika tidak dikesan dan dirawat awal boleh mengakibatkan kematian.
Salah satu contoh adalah Kaposi sarcoma dan biasanya berlaku kepada pesakit dengan sistem imun yang lemah seperti AIDS.
Walaupun gangguan ini boleh berlaku pada sebarang usia ia biasanya dilihat pada pesakit yang lebih tua.
Risiko terkena sarcoma ini meningkat dengan pendedahan kepada bahan kimia klorida vinil dan dioksin. Pesakit yang pernah terdedah rawatan radiasi untuk rawatan kanser lain juga mempunyai risiko alami penyakit kanser sarcoma ini.
Kanser tisu atau sarcoma boleh berlaku di mana sahaja tetapi yang paling biasa ditemui berlaku di bahagian perut, lengan dan kaki.
Tanda tanda kanser tisu (sarcoma)
Bengkak dan sakit pada kawan yang terlibat
Tanda tanda sarcoma berlainan mengikut kawasan yang terlibat.
Contohnya tisu paru paru, tandanya adalah susah bernafas. Jika berlaku dlm sistem pencernaan, sakit di bahagian abdomen dan sukar membuang air akan menyebabkan muntah
Cara ujian kanser tisu (sarcomas)
Ujian darah, CBC (complete blood count)
CMP (comprehensive metabolic panel)
CT scan
MRI (magnetic resonance imaging)
PET scan (positron emissions tomography)
X ray
Cara rawatan kanser tisu (sarcoma)
Bergantung kepada tahap penyakit & kesihatan pesakit, berikut adalah cara rawatan sarcoma yg biasa dilakukan
Kimoterapi
Radioterapi
Pembedahan
Liyana Tahar
Liyana Tahar
No comments:
Post a Comment