Assalamualaikum..
Harini yana nak bercerita pasal rahim terbalik.. kalau doktor bisa sebut rahim retrovert. Yana salah seorang antara 20% yang mengalami masalah rahim terbalik.
Kita baca fakta dulu berkaitan rahim anteverted dan retroverted.
Kebanyakkan wanita , 80% lahir dengan rahim dalam kedudukan anteverted atau menghala kehadapan, iaitu kearah perut. Ini adalah kedudukan rahim yang terbaik dan darah haid mudah keluar dan jarang sekali berlaku tumpahan darah haid kebelakang rahim (retrograde menstruation)
Rahim retroverted atau menghala kebelakang kearah tonkin berlaku dalam 20% wanita.Sebahagian besar dari mereka tidak mengalami masalah, tiada senggugut, mudah hamil dan melahirkan anak dan tiada masalah gangguan haid.
Tetapi lebih kurang 30% akan mengalami masalah senggugut, sukar hamil , mudah gugur dan bebabagai gangguan haid. Seringkali mereka ini ada endometriosis dan adenomyosis. Dikalangan mereka fenomenon tumpahan darah haid kebelakang rahim sangat sering berlaku dan ini munkin punca utama kejadian endometriosis. Disamping itu immunity wanita berkenaan amat rendah dan tidak bermaya melawan kesan darah haid, akhirnya sel2 endometrium tumbuh dibelakang rahim , ovary. usus, pundi kencing dan lain2 (tingkatkan immunity).
Yana tahu yana mengalami rahim retroveted selepas keguguran anak ke 3. Masa doktor pakar buat check up masa tu la baru tahu keadaan sebenar rahim yana. tapi...Yana bersyukur sebab Allah mudahkan dan berikan Yana rezeki untuk hamil dan melahirkan anak sangat mudah.
Tahun ni (2018), Yana hamil untuk kali ke-8 anak yang ke-3. Ada yang beruntung walau mempunyai rahim terbalik bila rezeki telah tertulis termasuk usaha dan cara untuk dapatkan anak itu berhasil. Ada juga yang menunggu lama lepas berkahwin masih belum ada zuriat.
Pada yang belum hamil jangan pernah berhenti berusaha walaupun mempunyai rahim terbalik. Ada cara untuk usaha dapatkan zuriat yang diidamkan. Nak Yana share tips macam macam mana yana boleh hamil pun boleh in shaa Allah Yana sudi share cume private conversation lah....orang yang betul-betul nak jer boleh tahu cara ni... kadang mungkin tahu tapi tak pasti.
loves to share,
Liyana Tahar
No comments:
Post a Comment