Assalamualaikum.
Lama da tak menulis dalam jurnal online ni. Terima kasih sudi baca luahan Yana macam mana bermula dengan Mylea.
Asalnya yana jadikan medan Yana sharing pasal produk Hai-O bile start bisnes SHOM 8 tahun dulu. Bukan tak buat SHOM masih lagi buat cuma Yana perlukan sokongan group yang kuat untuk Yana teruskan dalam bisnes online yang kian mencabar. Dah lama takde dahan berpaut so Yana decide Yana perlukan circle positif yang aktif.
Memandangkan Yana pakai Mylea hampir setahun dan kesan yang diberikan sangat memuaskan hati Yana jadi Yana tanya suami boleh tak Yana nak buat bisnes Mylea. Alang2 da pakai kenapa Yana tak share manfaat Mylea yang Yana dapat pada orang lain jugak. Alhamdulillah suami berikan keizinan untuk jana income dan bantu orang lain bersama Mylea.
Start Mac 2021 bermulalah Yana sebagai Super Dropship Mylea. Yana pilih jadi dropship sebab tak perlu keluarkan modal dan pegang stok ditangan. Hari pertama daftar terus buat iklan pasal Mylea dan share perubahan kulit Yana sebelum dan selepas berMYLEA.
2018 tu obvious sangat dengan kusam dan parut jerawat penuh sebab tak amalkan pape skincare pun. Mekap setakat compact powder dan lipstik cozuma je.
2019 tahun ni pakai hadalabo trial set. Parut jerawat yang kecik2 tu da pudar tapi jeragat still ade. Jeragat keturunan ni memang payah nak hilang dan senang naik bila tak dijaga betul.
2020 start bulan 5 pakai Freckles Bar dan Freckles Serum Mylea . Lepas 6 bulan memang nampak jeragat makin pudar dan kulit moist glowing. Paling ketara parut dileher akibat gatal yang gelap dah makin pudar. Itu yang membuatkan yana yakin dengan Mylea. Mylea hanya organic base jadi ambil masa untuk betul2 absord dalam kulit tanpa kesan yang menyakitkan.
2021 sebulan PKP2.0 duk rumah tak pakai skincare terasa kulit kering menggelupas then yana pakai balik serum Mylea memang rasa beza terus. Kulit kering menggelupas terus jadi lembap.
Selebihnya hanya calet lipmatte or lipstik je. Bedak kadang2 pakai. Foundation memang tak sekung lagi dengan yana.
Lepas dah pakai #Mylea lebih 6 bulan yana puas hati dan decide nak share manfaat produk ni dengan orang lain yang ada masalah jeragat sama macam Yana.
Hari pertama sharing terus Yana dapat customer. Customer tu kawan mak yang ada masalah jeragat sama macam Yana. Bile dapat close sales untuk pertama kalinya memang hatinya excited sangat sebab dari sharing Yana dapat juga manfaat pada orang lain. Tak sempat nak duduk lama jadi Dropship sebab customer yang order dengan Yana hari pertama terus layakkan Yana jadi Agent. Berbekalkan modal duit customer hari pertama je Yana untung RM80 untuk 2 set. Alhamdulillah syukur pada Allah Taala.
![]() |
Ni gambar terbaru yana dengan Mylea Cosmetic. Kulit lebih glowing dan jeragat memang makin pudar berbanding memula pakai Mylea dulu. |
Yana stop kat sini dulu tau awak. Nanti Yana sambung lagi yer. Banyak nak cerita pasal Mylea ni. Bukan pasal produk je tapi peluang yang Yana dapat bile bersama Jemaah Mylea. Hubungan yang rapat, jana income, ilmu berbayar tapi dapat free, dan macam2 lagi.
No comments:
Post a Comment